February 22, 2016

cempedak dah memutik nangka juga yang tak masak-masak


haishh... kesian blog stuck walhal gambar sana sini sinun berderet menunggu giliran.
balik kampung baru-baru ni sempatlah jenguk keliling kampung sebelum geli-geleman ter'tengok sebahagian badan ular hijau sedang berehat dalam lubang di batang pokok nangka....eiiii aku memang surrender la ular-ular ni, tapi wa steady ja kata "biaq pi kat dia la.. ulaq ijau takpa".. bersungguh dia nak kait juga lagi sebijik nangka kat pokok tu untuk aku, padahal sebijik yang dah kat bawah tu cukup dah untuk aku. sebijik pulak aku tengok kaler nangka tergolek dok tu dengan ular ijau dalam lubang kat batang pokok nangka tu aihh.. ishhh
Gagah juga kubawa balik sini kemudian aku sarungkan nangka tu dengan sehelai t. shirt lama dan ku simpan atas rak besi kat dapur.. peram la kononnya..
tunggu sampai ada bau nangka.. Isnin 8hb wa aku kait.. bertemu Isnin minggu lepas bertemu lagi Isnin hari ni, tak muncul-muncul pon bau nangka yang dinanti-nanti,
actually semalam dah selamat aku hantar nangka tu kat tong besar di luar sana, terkejut aku sebab nangka tu dah bertukar kehitaman keseluruhan kulitnya siap ada ulat lompat-lompat.. memang tak la ku nak potong buka tengok kejadian di dalam buah tu.. tak kuasa nak bertarung dengan ulat lompat-lompat tu sebenarnya.. hihi
tak ada rezeki nak makan buah pokok nangka ulaq ijau nampaknya. Aku syak rak besi tu ja,
sebab nak peram-peram buah ni ada pantang larangnya juga.. macam yang ayahku pesan tak boleh letak atas lantai simen ke tile sejuk-sejuk kang buah rosak.

4 comments:

  1. eee.. saya pon geli babb tu..
    seram sejuk je bila nmpak dpn mata. dh la mata rabun huhuhu. mmg x brani la time blk kg musing kot blkg rumah makayah..

    pppsttt: akak, tudm tu sebelah kanan kalau akak dari jalan tun razak menghala ke seremban. dia bersebelahan dgn polis udara tu..

    ReplyDelete
  2. Kalau laki mak mmg tak kuasa nak mengait tu Aeizza. Rela dia beli jer. Hish seramnya ada ular. Mmg lah ular hijau tu kecik tp tak geli ke?...
    Mak baca ni.pun dah seram weyh..

    Ulat nangka? Eiii...meremang bulu roma tau!

    ReplyDelete
  3. nangka pun ada ulat lompat2 tu eh..setau SA cempedak je..eeeee...takde la nak belah aih....

    ReplyDelete
  4. ulat nangka yg melompat2 tu memang kenangan betol...dah lama akak tak tengok...akak kekecik dulu kan main takut lagi dgn ulat tu...dia melenting tinggi wooo...hahaha...tak cukup tua kot dik pasal tu peram pon dia tak masak...part ular tu pulak kim salam...akak ni kalau dengar ular je dah tak cukup tanah akak lari

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)