January 7, 2016

last day 2015

jalan-jalan "enjoy your road trip" katanya, abaikan 'LATAR' ;)
hotel, homestay, kuala selangor,
bukit melawati, kuala selangor

khamis minggu lepas 
bangun pagi-pagi en.ayah ajak jalan-jalan ke Kuala Selangor
si mama macam erk! apa ada sana?
kedai 'eco 2ringgit' ada la rasanya pernah baca kat blog-blog yang gemar deco-deco rumah tu..hihi
ok la ok la...kuala selangor ;)

sesampai jer kat bandar Melawati tu, semestinya jalan-jalan cari makan la of course,..jumpa restoren ikan sembilang, dahhh..semua masakan berasaskan ikan sembilang haaa, seakan keli cuma tembam lain macam sikit kot sembilang ni...
ikan sembilang pun ada yang bela/sangkar juga ke?
berpeluh-peluh en.ayah menikmati gulai ikan sembilang digandingkan lemak pucuk ubi dan sambal belacan.
si mama dan suku sakatnya..nasi ayam jer laaa..hihi.

perut dah kenyang baru naik ke puncak Bukit Melawati
santai-santai makan angin, nak cendol ke eskrim ;)

"meriam" tu apa mama???
ok..jom masuk muzium tengok dan baca sendiri, belajar sejarah abanglong kita hari tu.
sempatla kenal-kenal dengan suku sakat kera monyet ramai sungguh depa atas tu...tengok dari dalam kereta je, cermin tingkap pun tak berani buka apalagi nak hulur-hulur food kat depa...
nanti dah besar sket kita datang lagi...mak ni risaunya lain macam...sila salahkan cerita "tarzan' ;)

Hotel abanglong pilih, nampak menarik ok dari luar..gamble je masuk terus check in ;D
petang baru keluar cari makan, hujan lebat di Kuala Selangor...
sempat si mama jengok tesco kuala Selangor, risik-risik harga ikan udang sotong seafood depa
beli bawang siap-siap tuuu..heee, esok sebelum balik baru kita pi beli barang basah semua tu kat pasar Kuala Selangor sana..jom :) 

3 comments:

  1. kuala selangor ni glamer tempat seafood, kan?
    aida x pernah gi...
    dgr org citer aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu anak-anak dah besar baru best kalau nak bawa pi makan-makan seafood tu, aida ok la..:)

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)