Shhh...secret november

seluar tido saksi kejadian...sampai ke hospital dengan seluar seluar tido ni ;D

28 november yang lepas.....
ada juga terdetik rasa tak perlu tulis tentang ni
segan, entah siapa-siapa juga singgah baca nanti
eh, kita pikir positif sudahhh!...okey ;)

ini tentang kehamilan kelimaku yang aku sendiri tidak sedar akan kehadirannya...sob..sobb..
sedih konon, padahal suami sudah menjangkakannya sedari awal tetapi hati ini sahaja yang sengaja menidakkannya.
5 november, turun tanda...membawa ke 10november, 15november bersambung sehingga 20november...genap 15hari, aku mandi dan solat zohor
cuma 1waktu sahaja..petangnya kembali turun tanda.
aku menjalani hari-hari seperti biasa bersama anak3 tanpa terfikir ke situ....
walaupun kadang-kadang terperasan badan agak lemau.
21november dan seterusnya...sepertinya normal, sehinggalah 28november, 
sudah hari ke lapan, darah semakin banyak...hairan juga risau
sedikit senak di bahagian peranakan...sempat main doktor2 lagi dengan anak-anak
minta anak sapukan minyak angin, urut picit cara anak-anaklah
terasa darah membuak-buak keluarnya...berketul-ketul darah beku merah hitam
seram sejuk di bilik air...risau pitam sorang diri,
syak sesuatu...ini bukan period biasa
8malam...masa tukar pad, tengok dah keluar ketulan utama...sekali kantung semua,darah jangan ceritalah....perasaan ketika itu???.....aku hanya ada DIA saat itu, aku perlu kuat!
dalam menahan kesakitan, aku baring dan berfikir.

wahhh...macamana ni, siapa nak tolong hantar ke hospital...?
dalam keadaan begini aku tak punya kekuatan untuk drive sendiri ke hospital.
bagaimana dengan anak yang bertiga ni?

Alhamdulillah, 
ada along dan iparduai sebelah suami yang sudi membantu walau masing-masing punya masalah sendiri.
saat dipisahkan dengan anak3 yang tak pernah berenggang agak drama jugaklah sekejap
anak-anak dibawa ke rumah atok...kebetulan ada atih&paktih balik berhujungminggu 
si mama dihantar ipar dan biras ke hospital sgBuloh yang sangat kontroversi dekat fb tu...
sebenarnya, aku yang nak ke situ,...serasi katanyeeeee  ;)



You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook