"bila kita 'ok' dengan orang, 'ok' jugalah orang dengan kita"



sebenarnya, nak sambung entry sebelum ni...
ke "hospital Sg Buloh" ye kita ;)
28nov., lebihkurang 10malam...aku dihantar ke hospital oleh adik ipar dan isterinya(birasku)
berdebar juga bila di ingat komen-komen panas kat fb tu walau hanya kerling2 masa scroll je ;)

Ku tabahkan hati, bukan sekali dua aku ke situ...tak terkira dah pon, 
Alhamdulillah...belum sekali rasanya terasa dianiaya di situ.

tawakkal...
kat kaunter pendaftaran...okey, dilayan seperti sepatutnya
nurse kat kaunter cakap lembut, sopan walau orangnya nampak tak berapa nak lembut ;)
tengok muka dah boleh agak,..cucuk sket mesti melenting punya...jadi, pandai-pandailah bawa diri,
dah sakit tu buatlah cara sakit.
masuk kat pintu dah ada kerusi roda menunggu ;)
berdebar macam selalulah bila kaki dah pijak lantai "dewan bersalin" ni
di bilik manakah pula aku akan diproses kali ini...huhuhu
aku disorong terus ke hujung dewan, dan keluar dari dewan bersalin, 
beri senyum kat makcik guard yang mengantuk depan operation room...dia balas senyum.
lintas lif untuk naik ke ward...disorong ke lif kat satu ruang lagi...
naik ke tingkat 9, sunyi sepi...tak berorang kecuali sorang kakak guard  yang mengantuk
di mejanya.

EPAU'
aku disorong ke situ...dan disuruh menunggu di situ.
muncul seorang nurse yang manis dan lemah-lembut check tekanan darah
kemudian ke bilik air tukar ke kain sarung pink dan kencing dalam botol untuk check upt
muncul pula seorang doktor lelaki melayu muda manis tersenyum jemput aku masuk ke bilik pemeriksaan
wallaweiiii...terkedu sekejapan,
lega bila tiba-tiba keluar pula seorang doktor perempuan islam bertudung lagi cantik tapi nampak tegas suruh aku masuk
sambil berbual ringkas bertanya khabar..aku disuruh baring dan di scan perut, scan bawah
aku rileks,..tenang sangat diperiksa doktor cantik...langsung tak de rasa takut..
doktor yang lelaKi hanya jadi tukang tulis di meja berdekatan kepalaku
doktor perempuan tu bagus sangat, mulut itik(speculum) tu langsung tak menyakitkan
pendekata semua positif-positif saja malam tu...dah siap diproses, aku baring di bilik yang ada beberapa patient lain...dan diberi suntikan untuk kecutkan rahim, kata nurse lemah-lembut tadi.
perut kembali sakit dan aku baring sejam lebih di situ.
lepas dapat surat discharge...aku bangun bersihkan diri dan turun pergi ambil ubat di farmasi kecemasan,....jumpa biras dan balik dengan senyuman...

debar sket untuk temujanji seterusnya...repeat scan, semoga aku ditemukan dengan hanya yang baik-baik saja..ameen.


You Might Also Like

1 comments

  1. alhamdulillah..kadang-kadang penerimaan orang tak sama macam kita kan...

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook