bersiap-siap nak ke tahun baru...


teringat-ingat kat blog...jadi, baik tulis sesuatu malam ni.
gambar bilik sarat semua humban situ membuka bicara...
kalau 2015, bilik hijau ni bilik abanglong, 2016...setelah bincang-bincang, okey..masing-masing setuju untuk tukar bilik...bilik hijau milik aisyah lepas ni.
aisyah dah angkut perkakas dapur dia masuk bilik hijau sebelum sempat dikemas nampaknya..hehe

hobi tukar-tukar suasana ke susunatur ni pada aku selalunya cuma datang mood tu time nak sambut ramadhan lah...sambil-sambil kemas sapu habuk, kita alih-alih tukarlah apa yang patut
tapi sejak ada anak dah sekolah ni...automatik mood tu datang lagi time nak beralih tahun macam la ni 
sambil-sambil kemas siap barang-barang keperluan sekolah tu kan.
kira bagi semangat kat anak jugalah, nak masuk tahun baru...suasana bilik pun barulah serba sikit.

so,...untuk semangat 2016 yang lebihkurang dua minggu jer lagi ni...jom fokus lebih sket ke bilik abang long yang telah berpindah ke bilik kuning.
major project jugaklah pada aku bila dah melibatkan kos..juga kerahan tenaga lelaki begini
suami ada baru project boleh jalan..hiks.

terapung jadinya kelapa nan sebatang tu...nanti kita cari lain lah kot, tak sedap mata si mama ni tengok.
hasrat nak berkatil double decker pun dah ditunaikan encik ayah...
gembira si emak ni haa...berjumpa bed frame yang seakan kat IKEA, jimat banyak di situ.
quilt cover ke cadar tu semua belum jumpa yang berkenan katanya..jadi sarung dulu mana yang ada.

tetaplah bawa juga ke IKEA tu, setakat pilih dan beli apa yang kita boleh angkut bawa balik sendiri :)
nak swivel chair, yang putih tu idaman hatilah dah berhari-hari dok menghafal nama kerusi kat website ikea...
sekali nak pi ambil masuk troli, out of stock sudahhhh, kecewa hati kawan..hihi
kerusi merah hujung sana tu..pilihan mama yang masuk troli akhirnya...ayah belikan juga lagi sebuah yang jenis kuning tu...habuan elak berlaku aksi tak best dek keciwi bila balik rumah nanti.

nasiblah...mama mood merah ang-ang hari tu, yang merah-merah jer la mampu menarik perhatian.
balik dengan senyuman, hati senang perut kenyang makan meatball dan chicken lemon, amboiii! baru hari ke-15 berpantang tu nak oiii :)

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook