9hb. 9pg. @tingkat9

*ada sesuatu yang hilang, cepat cari!
hari ke-10 berpantang, ada temu janji untuk repeat scan,
EPAU di tingkat 9, jam 9pagi pada 9hb. ....dua tiga hari lepas baru
untuk makluman, sebelum naik ke EPAU, sila daftar di kaunter pendaftaran kat dewan bersalin tu terlebih dahulu , dah dapat sticker baru naik ke EPAU
kasihan tengok ada beberapa yang datang EPAU lepas tu kena turun balik ke kaunter kat dewan bersalin sana untuk daftar, boleh tahan jauh nak pusing tu.
Aku?... Alhamdulillah, baik-baik aje di hari tu.. bak kata orang putih 'smooth & steady".. aku kan serasi dengan HSB tu.. hehe
setakat sejam dua nak menunggu doktor selesai round katil kat ward lepas tu eh, boleh pulak mesin scan kena sorong masuk ot nak pinjam..hihi.. sabarrr, doa yang baik-baik untuk yang kat dalam ot tu.
bila doktor datang.. mesin ot datang :)
antara ramai-ramai yang datang pagi tu, aku yang pertama di scan, aku yang pertama boleh balik.. eh! mestilah, aku yang pertama datang kot.. ok, tipu.. 
ada jer seorang dua yang lagi awal.. tapi sebab diorang masih kurang memuaskan,  demam bagai.. tercongok terlentok kat kerusi situlah, katil dah penuh, maaf.

terima kasih, tak serik pon untuk ke sini lagi...
err...errr...hanya tuhan yang tahu dia punya dup dap dup dap setiapkali ke hospital sebenarnya ;)

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook