October 11, 2015

Syurga di Telapak kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
betapakah besar budi Ibunda berikan
siang malam menderita
hingga entah bila
sungguh besar pengorbanan Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
doa puja restu
Syurga itu telapak kaki Ibu

telapak kaki itu kelihatan sepertinya ada sesuatu pada bahagian paling berdekatan jari kelingking?
...kejadian sekitar beberapa hari sebelum aidiladha, bulan lepas.
ku fikir ianya hanya kerosakan pada gambar yang blur ini
mak kelihatannya okay sahaja berjalan ke sana ke mari.

seminggu,... dua minggu kemudian, mak demam
melalui gambar dalam whatsapp adik-beradik, kelihatan ada luka kecil pada bahagian tumit kaki mak 
dan semalam mak warded @ Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar... pagi tadi masuk operation room, jalani satu pembedahan kecil.


siapa tak risau,..penyakit kencing manis mak mula menunjukkan taring..walaupon mak begitu teliti dalam menjaga pemakanan, walaupon sudah berbagai jenis ubatan yang disyorkan emak berhabis mencuba...tapi bila sudah sampai tahap kaki terpaksa dikorek....
menitis airmata mengenangkan mak...in shaa Allah, semoga ada harapan baru untuk mak selepas ni.
ada pelbagai lagi mungkin yang mak belum cuba...nanti kita sama-sama cari yang terbaik untuk mak.
semoga mak kembali sembuh seperti sediakala..amin3x.

untuk anak-anak mak...silalah beringat selalu!

No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)