October 4, 2015

serambi tokwan

ini mesti bukan pokok kembang pukul10, tak kembang-kembang pon bunganya :)
semakin ok ke sebaliknya rasanya ni...petang tadi kabur sangat penglihatan, berasap suasana sampaikan bukit hijau belakang rumah pun sekejap berbalam sekejap hilang terus pulak dari pandangan rasanya...huhu, berdenyut kepala terus.... jangankan mood nak keluar, nak buka sliding pon malas.
masak dan makan makanan kesukaan dengan anak-anak,..malas sangat nak keluar bila si kecik dah mula soksek soksek hidung tersumbatlah tu.

klik-klik folder...banyak juga gambar dalam hp tengah Q nak masuk blog...
buat masa ni gambar kat serambi tokwan lah yang fresh lagi segar bugar udaranya juga panoramanya paling win untuk ditatap...jangan dilayan stress menatap asap jerebu kat luar rumah tu sudahlah..ye.


selain orkid, pokok kembang pukul10 antara kesukaan tokwanlah sejak zaman berzaman...
cuma sejak menjak ni pulak pokok kembang pukul10 tu semakin diminati ramai...dan namanya pon dah bertukar kepada nama yang lebih glamer..."rose Jepun"
oh, terkini ada pulak sejenis dua spesis pokok tanaman hiasan yang menjadi kegilaan tokwan bersama teman-teman sekampung, kira tengah in trend lah di kalangan tokwan dan jiran-jiran, setiap rumah pon ada rasanya...tak sempat melawat semua, raya haji lepas sempat singgah 3-4 buah rumah sahaja rasanya, dan semestinya setiap rumah tu ada pokok tuuu :)
sayangnya, tak ingat langsung nak tanya nama pokok ni, belum sampai seru nak minat pokok lagi nih..hihi..jom tengok gambar dululah...mana tahu kot ada yang tahu namanya :)
 

cantik pulak nengoknye ;)..kenal ke idok?

No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)