sedap betul serundingnya


Rabu depan dah tahun baru..
berbaki lagi beberapa hari ni molek juga ku habiskan gambar-gambar aidiladha yang masih berbaki rugi rasanya kalau..gambar-gambar kat kampung tu tak masuk sini..
anak perantauan..balik kampung mesti nak lepas dendam cari semua makanan kesukaan yang kononnya susah nau nak jumpa di perantauan tu..feeling dok london kot..haha..london pon ada serunding la weiii ;D
adaaa..banyak sangat serunding orang dok jual..harga boleh tahan tapi nak cari yang kena dengan tekak payah juga nak jumpa,
dah le pedas kemain..mak cakap yang jual ni tak letak santan or kerisik sebab bahan tu boleh buat serunding tak tahan lama...oo, patut la tak berapa nak kick rasa serunding beli selalunya.


dan dan pasang dapur segera kat belakang rumah...naik dinding baru lagi kat belakang rumah nampaknya, tapi tak siap lagi masih berbatu-bata, real punya tu bukan tampal wallpaper tau..hihi

boleh tahan menjadi..rasa serunding aidiladha kami tahun ni ;D
sebab sambil masak tu rasa betul-betul, compare dengan bila masak serunding untuk aidilfitri..rasa-rasa makanan time berpuasa lainnn feelingnya.
Serunding selalunya buat awal, tak tunggu esok nak raya baru nak buat...memang takkk lah terbuat,
dan bila dah sedappp kejadiannya..lajulah habisnya..hihi
... throwback kenangan masa mak buat ketupat sehari sebelum raya, memang mencicah kaw-kaw sedari kerak pulut mentah kat bontot periuk lagi haaa..ketupat masak cicah lagi, mana nak rasa ketupat cicah gulai pekat ayam mak lagi...balas dendam betul nampaknya raya tu hari, takpe..makanlah sampai gemsss pon, suami izinkan sebab dia pon dah gemsss dok makannn sedappp kat laut sana ;)

ketupat pulut vs ketupat pulut hitam...mana satu jadi pilihan ;)
istimewa untuk kamu-kamu yang sudi singgah baca entry serunding sedap ni..harap janganlah ada yang terliur tengok gambar tak seberapa tu..kalau ada baik bagitau nanti raya boleh jemput datang rumah..risau juga nak buh gambar-gambar makanan kat blog sekarang bila ustaz kata...
 
"setiap gambar yang kita post tu kalau ada yang terliur wajib ke atas kita yang post ni untuk bagi makanan tu kepada hamba Allah yang kita dah buat dia terliur...kalau post gambar makanan kat restoran, wajib bungkus dan bagi kat yang terliur tu"

..haha! lawak-lawak juga..wajib tetap wajib..post lagiii :D

takpe lah, meh lah ku bagitau resepi rahsia serunding sedap dan  mudah jer bahannya pon cuma kena standby extra tong gas lah, berejam tau nak masak serunding ni..hihi
bahan lebihkurang rendang jer pon..

bawang besar, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan cili kering dikisar dan tumis sampai pecah minyak...lepas tu masuk santan, kerisik, gula merah, gula putih dan garam sebagai perasa.
rasa semua dah best...bolehlah masukkan daging yang telah direbus dan dicarik halus-sehalusnya.
ada juga yang blend, cubalah..mungkin akan jadi macam serunding atas roti kat bakery tu kot..hee
ke nak try guna daging kisar ke..cubalah :)
dah masuk daging dalam tumisan...
bolehlah tarik kerusi dok sebelah kuali...jadilah penunggu kuali serunding tu...
kacau goreng sampailah ke tahap kering yang disukai...tu je?...mudahnya lahaii kan :)

You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. eh,..tu kat perenggan last2 tu..masak cara kampung setakat list bahan lepas tu main agak-agak je tang kuantiti tu..takde sukat2 dah :D

      Delete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook