October 20, 2015

jerebu lagi, sekolah ditutup, exam ditangguhkan

yay or nay?
semalam...membawa ke hari ni, 2 hari sekolah ditutup
jerebu kelihatannya semakin teruk dari sebelum-sebelum ni...walau bila check bacaan ipu biasa-biasa sahaja rupanya,..eh! kalau dah samapi tahap "tidak sihat" mana ada biasa-biasanya lagi, dah kuning tu!

peperiksaan akhir tahun yang sepatutnya bermula semalam di kebanyakkan sekolah terpaksa  ditangguhkan sehingga ke hari sekolah dibuka semula..mungkin esok, mungkin lusa...
sementara kertas-kertas soalan yang sepatutnya dijawab pada hari semalam dan hari ini akan dibawa ke minggu hadapan mengikut hari dan waktu yang sama...
moga-moga jerebu cepat-cepatlah beransur pergi, anak-anak dah tak sabar nak ambik periksa pon, dah tired buat revision, katanya ;) 

No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)