cucur sotong yang sangat sedap

2 gambar di atas hasil google, mohon share di sini, tq.
petang hari raya aidiladha lepas ada rezeki ke Kuala Perlis dengan adik dan isterinya.
tapi keluar rumah pon memang dah petang sangat, hampir maghrib baru sampai...rupanya ramai jer yang mengambil angin ke tengok sunset sambil selfie/wifie dengan berbaju raya..di sepanjang tepian tembok pantai.
mama yang agak konservatif ni memang takkan jalan-jalan tepi pantailah petang-petang senja begitu, lagi-lagi bila bawa anak-anak kecil ni.
tempat paling selamat adalah nun ke masjid al-Hussein yang terapung di hujung sana, terus masuk parking di dalam kawasan masjid, marahlah abang masjid kitaorang kalau jalan tapi tak singgah masjid,...lagipun parking kat luar penuh selalunya di musim cuti sekolah begini ramai yang bercuti ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri akan meninggalkan kereta mereka di situ.

dari masjid terapung boleh berjalan kaki menuju ke medan selera berbumbung merah tu.
tapi sebelum sampai tempat makan akan melalui sebuah playground yang semestinya menarik perhatian aisyah yang lincah tu...nasib baiklah malam tu, lampu macam malap-malap, tak meriah sangat kat kawasan playground tu jadi aisyah pun macam oklah tak main situ pon..lega hati si mama...jom mama belanja makan sate :)

sotong goreng tepung semestinya tak dilupakan setiapkali singgah makan di Kuala Perlis.
buat pertama kalinya...si abanglong mencuba sotong goreng tepung yang masih panas berasap, sebelum-sebelum ni dengar nama sotong jer pon dah geleng...sekali dah cuba..terus keluar ayat
"cucur sotong yang sangat sedap!"...terus berketul-ketul cucur sotong diratah abanglong.
ok, boleh geng dengan mama...abanglong dan kakngah dah suka makan sotong goreng tepung...setahun dua lagi kita tunggu tengok penerimaan adik aqil pulak, suka tak makan cucur sotong :D
sept.2015, aidiladha tanpa si ayah

You Might Also Like

2 comments

  1. dulu kan....sy nk cerita pasal sotong gak ni. masa dok ostel dulu, ade sotong gak. selamatlah dia tak kena buat cucur....kekekeke

    ReplyDelete
  2. Itu budak kecik banyak comey ooo.. Gewammm!

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook