October 14, 2015

1 muharam 1437H


dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir seluruh alam
rahmat dan sejahtera  ke atas junjungan kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah!
dikaulah tuhan yang kekal abadi, yang maha Qadim(sedia ada) lagi Maha Memulakan!
demi kelebihanMu yang amat banyak dan kemurahanMu yang melimpahruah;

kini telah datang tahun baru yang muncul di hadapanku
daku memohon pemeliharaanMu di sepanjang tahun baru ini  daripada tipu daya syaitan yang direjam,
para pembantu dan bala tenteranya.
daku memohon pertolonganMu mengalahkan hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan,
dan daku juga memohon pertolonganMu dalam usaha mendekatkan diriku kepadaMu;

wahai yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
selawat Allah ke atas junjungan kami Muhammad,
nabi yang 'ummi' dan ke atas ahli keluarga serta para sahabatnya kesejahteraan
dengan rahmat Mu wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Perkenankanlah!

No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)