sindrom kalut cari suami

sekadar gambar hiasan *google
hamboiii...;)
habis sopan rasanya dah tu ayat yang dapat dipikirin sebagai tajuk entry ni
kalau ikut ayat sebenar-benarnya...is "sindrom kalut nak berlaki"
ishh..kita pun ada anak perempuan, jadi beringatlah sedari awal...untuk kebaikan sekalian.

entry ni  harapnya dapat lah memberi sedikit sebanyak panduan...sebagai ingatan bersama,
sama-sama ingat mengingatilah kiranya ;)

lelaki memberi cinta untuk seks
wanita pula menawarkan seks untuk mendapatkan cinta...oopss! taklah semua begitu tapi tak dinafikan ada jer segelintir yang sanggup buat apa saja untuk berteman...
sanggup serah jiwa raga,
sanggup serah harta benda
sanggup serah segala-galanya lah semata-mata nak "ikat" lelaki.
Naik lemaklah si lelaki...
memanglah apabila bilangan kita ni sudah berlebih-lebih...lelaki mula jual mahal.
Orang dah banyak pilihanlah katakan,
tapi ingat lah...kerana semua tu..tak bermakna kita orang perempuan ni pula kena rendahkan diri, maruah juga harga diri semata-mata kerana takut tak berteman.

Tak salah kot kalau tak berteman, tak bersuami...daripada ada teman, ada suami tapi semuanya menyakitkan hati.
atau daripada berteman tapi semuanya nak menjadikan kita ni "bank" saradiri diorang pulak.

Selalu dah kita dok dengar, budak ipt sana ipt sini..belajar tinggi-tinggi tapi taknak guna akal cerdik pandai diorang tu bila masuk bab cintan cintun ni, sanggup gadaikan maruah...sanggup buang mak bapak kerana cinta.
Sanggup tolak tepi mak bapak hanya kerana lelaki (yang belum tentu jadi suami kita ke tak) tu...nak kata apa ya?..tak cerdik ke?
Hidup pun makbapak yang sara..ooo, mungkinlah dah kaya budak belajar tinggi ni scholarship ke ptptn sara..tu yang sedap-sedap jer bila dah ada buah hati dah tak perlu makbapak dahhh.

Lagi teruk bila semua tu gara-gara dah terberisi, jalan penyelesaian buah hati bagi cadangan kahwin lari, kononya dia dah sediakan segalanya. sebagai bukti yang lelaki kita tu betul-betul cintalah nak bertanggungjawablah..nak sama-sama lahirkan anak dalam perut tu..
Alahaiii..kalau betul-betul cinta,tak tergamak dia nak rosakkan perempuannya sebelum waktu, lepas tu ajak lari pulak tu? ada la yang tak betul tu.

yang lelaki ni, kalau betul ikhlas, kalau pun dah tersalah langkah..cubalah jadi gentlemen pergi serah diri dibambu makbapak si perempuan, lepas tu bincanglah penyelesaian secara betul. Jangan nak ajak lari, ingat sket akibat derhaka buang makbapak ni..."tak selamat hidup dunia akhirat, ok!

 Ok, katalah dah lari ikut buah hati, lepas tu kahwinnya ke mana, ditinggalkan pulak kita ni kat mana-mana..jangan cepat menyerah kalah, bangkit! macam awek drama "Mencintaimu" tu,ok..haha..act. tak ikut sangat cerita tu..tau camtu-camtu jer pon.

Tak perlu lah nak merendahkan maruah diri kerana lelaki. Tak perlu pun nak tunjuk terdesak, tak perlu nak terima jer apa yang terhidang depan mata...sebab..hari ni ramai jer lelaki tak guna di luar sana yang menunggu peluang nak mengambil kesempatan pada wanita sebegini.

"Tak perlu terima saja apa yang terhidang tu, sebab tak semua yang tersaji tu elok!.."
pesan seorang teman.

You Might Also Like

8 comments

  1. yes betul jugak tu ,, kita sendiri kene kuat ^_^

    ReplyDelete
  2. Duk kalut apa la kan. Smpai masa ada la jodoh tu. Jgn smpai tersalah langkah kan

    ReplyDelete
  3. SA pun kalut kalau macam ni...hehehehe...moga dijauhkanlah diri ini dan semua wanita perkara2 yang negative tu...menakutkan

    ReplyDelete
  4. jangan kalut, bertenang, dia pasti datang

    ReplyDelete
  5. sue marah ker tu..hehehe KG yg baca ikut emo la pula...

    ReplyDelete
  6. sue marah ker tu..hehehe KG yg baca ikut emo la pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak marahhh, nasihattttt :)
      tak tuju kat sapa-sapa, sekadar peringatan untuk diri dan keluarga, rakan taulan semua

      Delete
  7. betul tu
    sama sama lah kita beringat.
    makin mnjadi jafi skrg ni

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook