secawan kopi di petang yang sejuk

*google
Kopi?
serasi atau sebaliknya pada kita?

Ramai yang memilih untuk memulakan hari dengan secawan kopi..
singgah coffee bean, order kopi bawa masuk office,...cool nya dia 'coffee in d'morning' ;)

tapi, tak kurang ramai yang menolak kerana percaya minum kopi hanya memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Kopi sering disalahkan dalam banyak perkara.
walaupun belum ada bukti kukuh yang membuktikan yang kopi tidak baik untuk kesihatan...kecuali kepada wanita yang hamil, seeloknya elakkanlah minum kopi.

Ada kajian yang telah membuktikan kopi antara faktor keguguran di awal kehamilan, juga turut mendorong kepada serangan jantung.
Ada juga kajian yang menunjukkan kopi dapat memperbaiki penampilan mental juga menyembuhkan sakit kepala.

Kopi turut dilarang kepada mereka yang bermasalah berat badan. Kerana bila terlebih kafein akan mendorong pankreas mengeluarkan lebih banyak insulin, yang akan menurunkan kadar gula dalam darah.
membuatkan mereka cepat berasa lapar dan akan minum kopi lagi dan lagi.
Bukan elak terus tapi sekadar secawan dua sahaja setiap hari, normal lah tu.

Ada yang mengalami kegugupan selepas minum kopi?...yup! itu saya.
antara masalah orang yang kurang berat badan, sensitif pada kopi kerana mereka ini hanya ada sedikit darah untuk menyerap kafein.
walaupun kopi boleh menimbulkan kegugupan, tetapi tidaklah membawa risiko kepada kesihatan. Reaksi gugup terjadi bila kafein yang diambil beri pengaruh kepada penutupan pembuluh darah yang mana akan meningkatkan tekanan darah, menimbulkan reaksi gugup.

Minum kopi juga boleh membawa kepada sakit kepala. Ini juga bergantung kepada berapa banyak kta minum dan tahap sensitivi badan kita. Mereka yang minum kopi secara teratur, iaitu secawan atau dua sahaja setiap hari lebih kecil risiko untuk sakit kepala berbanding mereka yang minum lebih banyak even secara teratur.

Kopi turut dikatakan menyumbang kepada serangan jantung. Setakat ini kopi yang disabitkan berkemungkinan berisiko kepada sakit jantung paling tinggi ialah kopi saring yang didiamkan selama beberapa jam. jelas di sini bahawa bagaimana kopi itu dihasilkan sebenarnya, yang berisiko kepada kesihatan.

Kesimpulannya, sebahagian besar doktor bersetuju kopi tidak bahaya tetapi berisiko bergantung pada bagaimana kopi itu dihasilkan dan berapa banyak seseorang itu mengambilnya.

You Might Also Like

1 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook