September 1, 2015

satu haribulan sembilan


mendung petang ni
yang tiba-tiba mendatangkan mood menulis dari hati
sesekali ada jugaklah matahari main cak-cak dari sebalik langit yang kelabu
...teruk jugak di sini, berkabut pandangan dari sehari ke sehari
pakaian yang sudah diampai masih lagi di luar
sedang berkira-kira mahu bawa masuk ke dalam rumah dan anginkan di bawah kipas
tapi rimas pulak sebab dah dapat agak.. ampaian beroda itu pasti bertukar jadi mainan disorong si aqil ke segenap sudut rumah.
Aisyah pulak merengek ajak keluar berjalan,
sekejap nak pi beli playdough sekejap ajak keluar makan aiskrim..huhu, si mama nak keluar buang sampah pun masih bertangguh sedari tadi..

lagi sedang berkira-kira,
entry dari hati sebegini yang paling kena dengan hati..
yang boleh bagi jaminan untuk tulis setiap hari, ye ke?...macam diari?
entry syok sendiri kata sesetengah dari kita..tapi sedap dibaca semula satu hari nanti.

Ada ke yang sudi klik masuk baca setiap hari?

3 comments:

sudi-sudikan... :)