sang anak diuji lagi...


selain perlu ada kebolehan menguasai bahasa mandarin, anak-anak pada hari ini juga perlu tahu untuk menggunakan calculator hebat ini.
ada 2 perkara ni baru mampu buat ibu dan bapa tersenyum lega, kurang sikit gentarnya nak lepaskan anak berdikari dalam dunia yang serba serbi mencabar ini bila sampai masanya kelak.
Apapun ilmu agama yang menjadi tonggak janganlah sesekali diabaikan, di samping bahasa inggeris kena "cayaq" baru senang nak pilih-pilih kerjaya ;)
tak dinafikan penguasaan bahasa Arab yang merupakan bahasa asas kita sebagai orang islam adalah penting juga...

Tips yang sedang dalam practice sekarang..nak pastikan  anak sudah cekap menguasai penggunaan sempoa...anak kena ajar si mamanya yang tak pernah pegang sempoa ni sampai mamanya pandai..nak tahu betul ke songsang ajaran si anak, si mama wajib google..ambik tahu serba sketlah kan ;)

sebenarnya, sempoa sudah mula diajar kepada murid tahun 1...di sekolah kebangsaan.
kalau dahulu cuma boleh tengok sempoa ni masa pi beli barang runcit di kedai Huat kat kampung ;)
err..kedai Bin kat Padang Sera pon ada...kedai  favourite masa sekolah rendah dulu,
lepas tu kagum tengok anak-anak dia yang sebaya pandai guna sempoa ni untuk buat kira-kira,
kini...kita pon dah ada satu kat rumah :)
beli sebab anak nak guna kat sekolah,... kalau anak tak minta, entah bila baru nak beli agaknya
dah ada, barulah nak google belajar cara nak menggunakannya...
barulah nak ambik tahu kebaikan, kepentingan, kenapa chinese guna ni sekian lama...bla..bla..bla..

Sempoa yang digelar calculator oleh si abang long ini sangat penting sebangai asas pembelajaran matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Ia dapat membantu kita untuk menyelesaikan soalan asas matematik ini dengan cepat dan tepat...teringat dulu belajar buat kira-kira cikgu suruh bawa batang aiskrim ke biji kacang ke :)
sama saja fungsinya, bila belajar sempoa fikiran kita dilatih untuk fokus..secara tak langsung ia melatih fungsi otak, melatih daya ingat kita, logika, kreativiti dan penumpuan.
dalam masa yang samameningkatkan kecepatan, ketepatan dan kecermatan dalam berfikir.
...lebih rasa yakin diri, secara tak langsung mendorong kita untuk suka subjek matematik :)

namun, harus diingat, sempoa hanya untuk pelajaran asas yang 4 itu sahaja,
sempoa bukan matematik. Seseorang yang berjaya menguasai sempoa belum terjamin akan menjadi seorang ahli matematik.

You Might Also Like

1 comments

  1. anak2 aida x reti bersempoa.
    sebab kebetulan xde subjek yg ajar.
    kat skola tak ajar.
    aida x reti.
    tuisyen pun x pakai.

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook