September 3, 2015

rosaklah minyak zaitun bila di buat memasak

olive oil

siapa ada masalah tak tahu nak memilih minyak zaitun/olive oil yang sesuai setiap kali ke pasaraya?
lama berdiri di situ membelek dari satu botol ke satu botol...
sampai la ni kS belum pandai lagi nak membezakan mana satu minyak zaitun yang sesuai untuk di buat memasak, meroti semua tu...sebab kebiasaannya minyak zaitun ni setahu kS ianya hanya sesuai untuk dimakan mentah atau dijadikan dressing makanan sahaja.
hari ni adalah sedikit info yang kS dapat dan nak sangat untuk berkongsi kepada yang mempunyai masalah yang sama seperti kS.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun yang utama, iaitu;
- extra virgin olive oil (EVOO)
- virgin olive oil (VOO)
- Based olive oil (BOO)

EVOO adalah jenis yang boleh ditelan secara terus,
ianya melalui proses perahan sejuk tanpa menggunakan bahan panas yang boleh merosakkan struktur mineral asal buah zaitun.
EVOO dinilai melalui warna, struktur minyak dan cara simpanan(packaging).
Paling utama ianya tidak boleh digunakan untuk menumis, struktur minyak akan rosak malahan boleh menyebabkan berlakunya masalah 'hipertrigliseridemia'..iaitu lebihan lemak dalam darah.

minyak zaitun yang boleh digunakan untuk menumis ada jenisnya.
selain dari itu, minyak zaitun hanya sesuai/boleh digunakan untuk dressing makanan sahaja.
antara minyak zaitun yang baik diamalkan iaitu untuk ditelan terus adalah jenama 'Olive House' di import dari Syria,..antara jenama yang dipercayai dan baik diamalkan untuk kesihatan.
jenis Olive Plus adalah paling bagus untuk dimakan mentah,..kandungan Hydroxytyrosol 30x lebih tinggi dari olive oil biasa.

memasak, meroti
Minyak zaitun yang diproses dengan tapisan semula untuk melemahkan agen resistant starch (RS) dan memberi fungsi untuk tujuan menumis, contohnya brand Filippo, dalam gambar tu.

sementara barand Brasso & Ravika seperti dalam gambar paling atas, walaupun dikatakan boleh di buat masak dan kebiasaannya kita boleh nampak ada di rak-rak masakan di pasaraya, sebenarnya ia hanya sesuai untuk penggemar salad, sebagai salad dressing.

3 comments:

  1. baru tahu bab olive oil ni...terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share info ni.. baru ku tahu tentang penggunaan olive oil tu..

    ReplyDelete
  3. wuih br tau...hrga bole tahan ni

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)