merancang cuti untuk keluarga

baru saja lepas cuti hujung minggu merdeka yang agak panjang...lebih dari 2hari, panjanglah tu
semalam abang long bawa balik surat dari pihak sekolah...
minggu depan hari isnin dan jumaat sahaja pelajar tahun 1 perlu hadir ke sekolah
yang lagi 3 hari tu gilir pelajar tahun 2, dan 3 rasanya

memandangkan UPSR start minggu depan..secara tak langsung adalah kelas-kelas yang perlu dikosongkan untuk tujuan tertentu...wehooo, sukalah abang long.


Good Luck untuk semua pelajar yang bakal menghadapi UPSR, juga untuk ibu bapa yang ada anak nak exam tu, tahu dahhh..anak nak ambik periksa..ibu bapa yang berdebar kencang nih ;)

Minggu seterusnya pulak, ada cuti lagi, hari Rabu, 16 sept..."Hari malaysia"
minggu seterusnya pulak dah masuk cuti pertengahan penggal kedua selama 1minggu...wahhhh!
tiap-tiap minggu pun ada cutilah bulan ni...elok jugalah, aidiladha dah siap-siap dalam cuti seminggu tu,...harap-harap dapatlah kita pulang beraya di kampung.

cuti cuti cuti.....semangat cuti si mama mula membuak-buak
terus check cuti raya untuk tahun depan ;p

2016

wahhh!..berderet cuti hujung minggu yang panjang pada tahun depan  ;)



You Might Also Like

1 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook