mengimbau resepi kek nostalgia

kek marble blueberry coklat
aku membesar bersama kek ini
sedari kecil..aku dah kenai dah jatuh suka dengan kek ini..sedari dok bakar kek dalam oven bulat ada cermin boleh jengok kot atas...letak atas dapur minyak lagi
kek kegemaran dulu kini selamanya mungkin.

Bila hari raya kek ini mesti masuk senarai mesti ada selain kek buah-buahan kering tu.
Ni dah nak raya...seboklah selak balik cari resepi..sebab dah banyak sangat versi dok jumpa...pilih-pilih, yang simple yang tak banyak karenah seakan resepi dalam kitab resepi mak di kampung jadi pilihan untuk sajian di notaharianmama pada hari ni ;)

resepi kek marble susu yang sedappp!
3 biji telur
1 cawan marjerin
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri/ kalau guna tepung gandum + 1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna berperisa ikut citarasa

Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang.
kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi sehingga kembang.
masukkan esen vanilla diikuti susu pekat dan dikacau sebati
masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit, kaup balik sehingga sebati.
bahagikan kepada beberapa bahagian ikut berapa warna yang kita  nak buat.
sapukan marjerin pada loyang daa seelokkan alas dengan kertas kek
tuangkan adunan satu persatu warna mengikut kesukaan, kemudian tarik dengan hujung sudu supaya warna-warna pada kek kelihatan cantik berceloreng bila di potong kelak.
bolehlah dibakar selama 40minit dengan suhu 160 darjah celcius sehingga masak.
boleh je kalau nak curah topping coklat di atasnya sebelum dihidang.

Ini resepi paling basic, kek marble susu yang lembut dan pastinya sedappppp!
untuk menarik minat anak-anak wajiblah bermain dengan warna juga perasa strawberry ke blueberry ke selain menggunapakai serbuk coklat yang terjamin sedap :)
jadilah macam gambar atas sekali tuuu...
kalau ikut betul-betul resepi dok ada tu..jadi kek marble asli yang biasa berceloreng coklat tu lah..yang ni baru betul-betul asli kan :)

kek marble susu

You Might Also Like

2 comments

  1. feberet! lagi lah kalau rasa dia punya butter..fuh..terliur rasa

    ReplyDelete
  2. http://madey09.blogspot.my/
    kenalkan blog Etuza ya...terima kasih

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook