khasiat buah yang bagus untuk seisi keluarga

*by sketchaway
MESTI baca ye, tak panjang pun,
kS pilih 7 jenis sahaja untuk entry ini :)
haha..terasa "macam bagus-bagus jer" sejak-menjak ni, ni dah ala-ala dietition la pulokk..
perasan tak perasan tak ;D

Epal dan pisang tak perlu masuk senarai kot, asyik makan tuuu jer, sudahnya anak kenal dua jenis buah tu jer?..kacau jugak tu ;D

Buah yang menjadi pilihan pertama ialah delima kerana khasiat kesihatan yang terkandung di dalamnya sesuai untuk anak-anak kita yang berkemungkinan mengalami masalah cacing.
di samping berkesan untuk meredakan cirit birit yang kronik, termasuk cirit birit berdarah dan 'enteritis' @ bengkak usus.

Buah pilihan kedua ialah kurma, di mana kandungan gula dalam buah ini mampu bertindak untuk menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus dapat menghilangkan batuk.

Buah pilihan ketiga ialah mangga yang menjadi kesukaan sekeluarga, di mana merupakan agen penghilang dahaga, jadi dapat mengatasi masalah nyah hidrat dalam tubuh serta membantu dalam merangsang peredaran darah.

Buah pilihan keempat ialah nanas...di mana ia dapat mengatasi masalah kekeringan di bibir dan kulit muka. membantu dalam melancarkan perjalanan haid, dan mengatasi kelesuan badan.
Merupakan penawar terpenting bagi mengatasi penyakit batu karang.

Buah kelima ni lama sangat tak makan, kat kampung ada pokoknya,..sayangnya sekadar menjadi santapan ayam bila buah belimbing ni masak ranum dan gugur ke tanah. Buah belimbing yang glamour dengan nama fruit star ni berupaya mengawal degupan jantung dan keseimbangan cecair dalam badan...membantu fungsi saraf dan juga untuk pertumbuhan otot yang sempurna.

Buah pilihan keenam haruslah buah kesukaan encik suami iaitu lemon. Kalau nak tahu jus lemon yang diminum dapat mengubati masalah gastrik yang kronik, bronkitis, masalah tiada selera makan, muntah juga dapat membuang angin dalam perut dan usus. 
Pastikan sentiasa ada lemon dalam peti ais :)

Buah pilihan terakhir untuk hari ini ialah buah tembikai. Tahukah yang selama ini kS sendiri keliru dengan khasiat kesihatannya...hari ni baru dapat pencerahan semula. Selain dapat menyembuhkan masalah ginjal dan melawaskan buang air kecil,...buah tembikai ini sebenarnya sangat baik untuk penawar sakit kerongkong dan mengeluarkan angin dari perut...

padahal sekian lama kS dok paham yang tembikai ni tak boleh makan kalau sakit kerongkong dan bila perut kosong macam time bulan puasa mesti taknak makan tembikai takut sakit kerongkong dan perut masuk angin...alahai, awat bertentangan sangat jadinya. 
Lepas ni makan tembikai banyak-banyak ya :)

seronok lepas dah tahu khasiat buah-buah ini untuk kesihatan kita dan keluarga.
jom pergi pasar beli buah sekarang :)

You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook