September 3, 2015

Kenalkah kita dengan anak-anak kita?


Orang kata, setiap anak ada perbezaannya,
jadi sebagai ibu bapa tak perlulah kita nak membeza-bezakan mereka antara satu sama lain pulak.
sebab kita pun dah sedia maklum, sedari kecil lagi..setiap dari mereka sudah ada ragam tersendiri.

Bagi kS sendiri, sejak yang sulung dah bersekolah tahun ni...
berkuranglah satu ragam di hari persekolahan...sebab bersekolah dari pagi sampai ke petang
balik sekejap tukar baju dan makan tengahari, tu pun kadang sempat jer dia cari pasal dengan si adik
tak mengusik adik tak cerialah hari-harinya barangkali.
si adik a.k.a kakngah pun boleh tahan dia sekarang..tak pernahnya mau kalah
dialah otomen dialah raksaksa..huh, riuh-rendah bila pompuan sorang ni jadi otomen
si mama pun terpaksa surrender buat masa ni, masih dalam belajar-belajar kumpul ilmu cara menawan yang nombor 2 ni...

antara fakta yang dapat dikumpul;
anak no.2 ni anak manja emak, katanya
jadi, dalam apa-apa perkara pun anak no.2 akan diutamakan oleh si ibu

anak no.2 dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata, semua dia aje yang betul.
kenapa, salahkan emak sebab terlebih utamakan anak no.2, gitulah jadinya.
sudahnya, dalam adik-beradik dialah yang paling 'ketegaq'...
berkemahuan yang sangat kuat, kalau buat sesuatu memang akan buat bersungguh-sungguh,
tapi kalau kata taknak memang taknaklah jawabnya,
..tak payah nak pujuk rayu..selalunya tak berapa nak jalan.

anak no.2 tak pandai bab nak pujuk memujuk pasangannya...kesianlah sapa-sapa yang berpacaran dengan anak no.2.huhu

tapi anak no.2 ni kalau bercinta, sangat setia...sanggup berkorban apa sahaja...jadi pasangan tak perlu nak merajuk pun tak pe kot ;)

anak no.2 juga sangat mementingkan ada hitam/putih dalam setiap perkara.
almaklumlah orang degil mana boleh nak dibawa bertoleransi.
apa yang dikatakan semua dipegangnya.

anak no.2 juga nampak seperti berhati keras...nampak jer sebenarnya...hati nya sangat lembut.
pantang ditegur...kalau tak melenting..mengembeng lah dia..hehe

anak no.2 memang seorang yang very independent..mudah bercampur-gaul..very take care.
tapi tak senang bila selalu diarah untuk buat itu ini.
lebih suka buat hal sendiri..pendekata tak boleh kerja bawah oranglah ni..kena jadi boss ;)

tidak dinafikan sebenarnya, anak no.2 ni pemaaf dan caring orangnya.

dari segi penampilan juga,...semua nak -up to date, kemas sentiasa.

bila dah tahu...serba-sedikit perangai sebenar anak no.2 ini...sebagai ibu rasanya inilah masa yang sesuai untuk kita main tarik tali dengan anak no.2 ni....kurangkan sket kelebihan sebagai anak manja emak itu ;)





1 comment:

  1. Sib baik akak dan Dania sama-sama anak sulung...hehehehehe

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)