September 13, 2015

jerebu sudah sampai Puncak Perdana


september2015
gambar pada 11september 2015
sekitar jam 6petang,
rasa sesak nafas pulak pandang ni lama-lama, alahai..susah sebenarnya nak kurung anak-anak bila tibanya hujung minggu, kasihan pun ye ;)

malamnya check ipu di tahap sederhana,
bangun pagi sabtu bersiap dan zass ke Putrajaya...terang pagi tu, mungkin sebab ada hujan sekejap malamnya.

seharian di Putrajaya...actually kat IOI mall yang  lama, sedar tak sedar dah petang rupanya ;)
keluar balik..Putrajaya pon dah berbalam-balam >100 dah la tu.

Pagi Ahad..makin kelabu asap, tak nampak dah kehijauan bukit di belakang rumah.
Lain macam benar jerebu nya, suramnya ahad, bercampur dengan kelam nak hujan mungkin,
selepas hujan macam cerah sket,
jerebu dah bersatu dengan kabus...sejuk hijau damai sekejap pemandangan
Menyempatkan diri ke spaceU8, bawa anak pilih mainan kat MR.DIY
jerebu makin teruk kita dok rumah main mainan baru :)



3 comments:

  1. jerebu makin teruk sekarang ni.. kelam je bila keluar rumah

    Tips hilangkan gastrik

    ReplyDelete
  2. kat melaka & seremban ni dah lebih 1 minggu dah :(
    memang menyesakkan nafas dan memedihkan mata.

    ReplyDelete
  3. Makin lama makin teruk dah ni..hujan pun sekejap2 je...

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)