cara elak jatuh cinta dengan sahabat

sahabat, persahabatn
*google
Biasalah, bila ada antara kita yang mempunyai sahabat baik dari kalangan yang berlawanan jenis.
tak tahulah kenapa nak berkawan bersahabat sehingga menjadi rapat...
mungkin masing-masing merasakan ada persamaan, kesesuaian..selesa untuk berkawan.
akan tetapi, kita sedia maklum yang persahabatan sebegini selalunya mengundang pandangan serong lagi lagi jika masing-masing sudah ada pasangan, sudah berkahwin pun.

selalu dah kita nampak lelaki dan perempuan yang rapat ni akan dikaitkan dengan perasaan cinta
dan sememangnya tidak dinafikan ia benar-benar berlaku.
jangan memain, persahabatan yang dibina sekian lama pun boleh putus secara tiba-tiba kerana cinta.

jom kita usha-usha beberapa tips yang ada ni kalau masih ada rasa mahu mengekalkan persahabatan yang akrab dengan rakan berlainan jenis kita tu tanpa ada melibatkan hadirnya perasaan cinta.
Kalau rasa tak boleh juga, tak payahlah nak berkawan ke bersahabat sangat dengan suami-suami orang ke isteri-isteri orang tu, fikir-fikirlah perasaan pasangan diorang sama,
bagaimana kalau jadi benda yang sama pada kita?
....tiba-tiba pasangan kita ada sahabat rapat berlainan jenis di luar sana..apa yang kita rasa?

ok, terbebel panjang pulak, tipsnya mana ;D

1- bersahabatlah atas nama kepercayaan dan bukan hanya berpegang pada janji.
2- hanya menceritakan masalah yang universal, bukan kehidupan rumahtangga yang ada masalah dengan pasangan..kerana ini boleh menjurus kepada perasaan simpati.
3- bersahabat haruslah di depan umum....yang tiada tanda-tanda menunjukkan/ tidak terlalu menunjukkan kedekatan.
4- elakkan dengan bertemu/ pertemuan yang kerap...seeloknya sekadar melalui alat komunikasi.
5- berkata jujur dan tiada ayat yang over, mengada-ngada.
6- terpaling penting...sentiasa tanam dalam diri kita sendiri...dia hanya teman,tapi bukan yang teristimewa....bukan teman tapi mesra, erk :)

cukup sekadar point, kalau nak berhurai-huraian...terbebel panjang jadinya nanti :)

You Might Also Like

1 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook