bakul 'lost & found'

Bukit Jelutong, shah alam,

Jarang sangat kot nak jumpa tempat yang ada sedia bakul "lost&found" sekarang
samada orang sekarang sudah senang cara berfikirnya, dah hilang..beli barulah...atau mungkin juga ada yang berpendapat barang yang tertinggal kat mana-mana tu sudah tak ada harapan untuk dapat semula.

Pertama kali ternampak bakul "lost&found" yang wow!...di sebuah masjid.
macam-macam benda yang menarik hati ada dalam tu..beg make-up yang sarat dengan barang-barang make-up, berbagai pilihan pin dan keronsang cucuk sanggul eh cucuk tudung yang cantik-cantik, juga jam tangan dan bracelet pon ada...cun-cun pulak tu...tergoda makCun, eh ;)
Kalau dah macam-macam ada tu..maknanya dah terkumpul sekian lamalah di situ.
Mungkinkah pemilik barang-barang tu akan datang semula untuk mencari benda sebegitu?
 
"aippp! ayat macam nakkkk aje"..heh!

hak orang tuuu, jangan coba berani-berani nak ambil,
sia-sia aje singgah solat di masjid kalau hati rapuh..kena goda sket dengan syaiton kat bilik persalinan muslimah tu terus ambil barang yang bukan hak kita dengan selambanya?
 
Sehari dua lepas tu singgah lagi kat masjid tu, tengok erk! bakul tu kosong???

You Might Also Like

1 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook