September 9, 2015

Ba-haa-gi-aaaaa

kebahagiaan
*google
Bagaimana untuk bahagia?

Untuk bahagia perlukan ketenangan.
Tenanglah.

Bagaimana untuk tenang?
-Minum air biasa selalu
-amalkan makan anggur yang manis tanpa biji
-pakai pewangi selalu
-amalkan menarik nafas dalam-dalam selalu
-Kerap minum susu

Amalan ini boleh memberi arus yang betul untuk bertenang....dan...terbitlah keanggunan!

Jangan kata sebab duit saya tak boleh bertenang, tak boleh bahagia.
Usah pertaruhkan perasaan sebagai modal untuk berasa tenang dan bahagia.
Orang lain pun penuh dengan masalah yang berbagai.
Jangan kata masalah sebagai punca ketenangan dan kebahagiaan susah diperolehi, kerana orang lain pun sama.
Yang menjadi soalnya, kenapa orang lain boleh hidup selamba, langsung tak nampak masalah pada wajah mereka sedangkan hakikatnya, masalah tak pernah bercuti dari hinggap dalam hidup mereka.

Hiduplah dengan mudah
Lihatlah hidup secara lebih mudah
Anggap saja semua masalah yang datang dalam hidup kita sebagai baja untuk menyuburkan lagi rasa bahagia itu.
Anggap saja kehidupan kita ini adalah masalah dan menyelesaikan masalah adalah aktiviti yang mesti dilakukan untuk hidup.

*tips bahagia...Dr. H.M.Tuah

1 comment:

  1. bahagia tu subjektif.
    kita yg membahagiakan diri kita kan...
    yes agreed.... fikirkan semua nya mudah. permudahkan org lain :)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)