September 8, 2015

"aku sudah bosan denganmu"

8 haribulan,
entry mampir ke tengah malam...tajuk bior jiwang ;)

*fanpop
Perasaan yang bagaimanakah nak digambarkan bila si dia yang disayangi sanggup melafazkan kata-kata....."aku sudah bosan denganmu".
"sudah tiada cinta untukmu lagi, cukup sampai sini sahaja hubungan ini".

Kalau untuk perempuan, tentunya sangat menghiris perasaan tapi bagi lelaki pun, mungkin mencabar kelelakian jugak lah kot.
Terima sajalah, rasa cinta tidak boleh dipaksa kerana ia datang dari hati. Tak perlu bertindak berbuat sesuatu di luar kewarasan, sebaliknya jom cari punca kenapa si dia sudah tidak menyukai kita lagi.

•bosan dengan ikatan cinta KAH
•bertemu insan lain KAH
•diri rasa diabaikan KAH
•kepercayaan sudah tiada lagi...mungkin.

Sesungguhnya cinta memerlukan pengertian. Keduanya saling memerlukan baik lelaki atau perempuan. Namun, apabila kerap dikhianati, tidak dipedulikan, selalu dikecewakan, sudah tentu rasa cinta itu akan pudar. Jadi, sebelum terus dikecewakan, berhati-hatilah kerana bila rasa cinta itu kian hilang, saat itu..barulah kita tersedar bahawa sebenarnya dialah insan terbaik buat kita.

2 comments:

  1. Adeyhh.. Knapa ni.. Huu... ;-)
    Best baca blog awak..
    Nway, jemput singgah einaangel.blogspot.my..
    ;-)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)