tibanya musim haji | "haji mabrur"

*google
Musim orang pergi ke tanah suci untuk mengerjakan haji sudah tiba,
kebiasaannya..bila ada sedara-mara ke sahabat handai nak berangkat kita mesti nak jumpa, bermaafan, bagi ucap selamat semua, nanti boleh dengar ada yang ucap "semoga dapat haji mambrur"

Apa itu "haji mambrur" adalah....haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran syurga oleh Allah SWT.
Ia merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa, malah ingin dikecapi oleh sesiapa sahaja yang menunaikan ibadah haji tersebut.
ganjaran besar ini tidak memungkinkan seseorang itu mencapainya dengan begitu mudah. Bahkan akan menghadapi berbagai-bagai kesukaran, pengorbanan dan cabaran dengan berasaskan kekuatan iman dan taqwa.

Sebenarnya...kS ada terbau enaknya bau masakan jiran...sedapnya, masak apa tuu...tanya kS di dalam hati ;D
tiba-tiba teringat satu cerita yang pernah diceritakan en.suami, di petik dari satu kuliah di sebuah masjid yang dihadirinya...molek rasanya dijadikan entry hari ni, tapi secara ringkas seingat diingatan sahajalah, sila betulkan kalau ada terlebih terkurang kat mana-mana ya.

Cerita tentang seorang suami yang sudah bertahun mengumpul duit untuk pergi haji..dan tahun itu sudah cukup simpanannya
si suami pun dengan gembiranya membuat persiapan untuk ke tanah suci,
dalam masa yang sama  isterinya sedang mengandungkan anak mereka.
Satu hari si isteri terbau enaknya masakan jiran dan terasa ingin sangat nak merasa masakan itu..
si suami pun pergilah ke rumah jirannya untuk meminta sedikit masakan itu bagi memenuhi mengidam isterinya.
Tapi jirannya tak mahu bagi sebab makanan itu terlalu sedikit malah untuk dimakan jiran itu suami isteri pun tak cukup...lagipun cuma itu sahaja makanan yang ada..sudahlah pula berhari-hari jirannya itu menahan lapar kerana tiada wang untuk membeli makanan.
Mendengarkan itu, si suami tadi terus pulang ke rumah dan mengambil kesemua duit yang dikumpul untuk perbelanjaan pergi haji dan disedekahkan kepada jirannya.
sungguhlah rasa bersalahnya si suami kerana tidak pernah tahu yang jirannya berlapar selama ini.

Berita si suami yang telah membatalkan urusan untuk pergi haji sampai ke pengetahuan semua.
Seorang alim-ulamak telah mengunjungi si suami itu dan telah memberitahu kepada si suami itu bahawa suami itu telah pun mendapat "haji mambrur" pada tahun itu walau tidak pergi buat haji.
kerana dengan keikhlasan dan keinsafan yang datang dari hati si suami yang telah memberi kesemua wang yang telah bertahun-tahun dikumpulnya kepada jirannya yang miskin itu.
Kesimpulannya, hanya dengan ada niat dan usaha yang bersungguh...apapun tidak mustahil.
Allah tahu apa yang ada dalam hati kita., amin.



You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook