August 22, 2015

suami dan isteri jaga-jaga 2 perkara ni...

 
tips untuk rumahtangga yang harmonis
jom baca di blog notaharianmama pulak ye...arini :)

tips untuk sang isteri....
2 perkara yang perlu dijaga si isteri terhadap suaminya;
* hubungan suami isteri, atau bahasa suratnya hubungan kelamin.
kerana ia antara salah satu keperluan utama bagi lelaki yang bernikah,
lelaki yang telah mendapat perkara ni dengan jayanya barulah cintanya mula bernyala-nyala,
kalau sebaliknya mulalah muncul masalah dalam rumahtangga..yang bila diselidiki di dalami rupa-rupanya itulah punca penyebabnya.

* pandangan.
yang merupakan kunci kelemahan dan kekuatan seorang suami.
suami suka untuk melihat isterinya yang selalu tersenyum, ceria seperti tak punya sebarang masalah
suami suka untuk melihat isterinya yang sentiasa rapi, bersih dan semua pun indah-indah sahajalah.
anak-anak yang sentiasa terurus, rumah yang rapi dan bersih.
Bila semua pada pandangannya terjaga, sudah sangat sempurnalah pada pandangan seorang suami.
jangan sampai suami bertanya..."sayang tak ada baju lainkah?"...itu petanda pandangannya sudah terganggu.

tips untuk sang suami....
 2 perkara yang perlu dijaga si suami terhadap isterinya;
* cinta
kerana cinta keperluan utama sang isteri...bukan hanya nak suruh cakap i love u hari-hari pon,
tapi dengan memberikan perhatian yang tulus, bertanyakan khabar, memahami kelelahannya.
Andai si suami mampu menjaga cinta si isteri...jangan terkejut bila sang isteri bersegera mendapatkan si suaminya bila-bila sahaja si suaminya mahu mengajaknya bercinta...
kalau si suami ni kena berhubungan dulu baru tumbuhnya cinta, si isteri pula sebaliknya...bercinta dahulu barulah datang keinginan untuk bersama..
err, malu la pulak tulis benda macam ni..heee
Lelaki perlu tahu..saat sang isteri sangat mencintai suaminya, dia hanya mahu bercinta dengan suaminya seorang sahaja.."setia" sang isteri janganlah diperkotak-katikkan.
kerana bila si isteri itu mula curang dan bercinta dengan lelaki lain, si suami kena tahu bahawa tiada lagi cinta sang isteri untuk dirinya.

* perasaan 
wajib si suami menjaga perasaan isterinya.
kalau si suami sangat sensitif pada pandangannya, si isteri pula sangat sensitif pada perasaannya.
jangan sesekali cuba memberi komen cara bersoleknya ke masakannya ke penampilannya dengan nada negatif seperti menyindir kerana itu telah menghancurkan perasaannya.
kenalah pandai bermulut manis kalau nak komen si isteri, ingat ya wahai sang suami.
biar se 'rock' mana pun kita tengok gaya seseorang perempuan yang bergelar isteri itu,  
percayalah, nun jauh di sudut hatinya mesti ada sesaat tersentap bila diperli suami sendiri, setuju tak?

kesimpulannya, yang sebenarnya dalam rumahtangga ni,
suami perlukan hubungan kelamin dan isteri perlukan cinta.
Bila suami dapat keistimewaan yang dicari dalam hal bercinta...dia akan bertambah cinta
dan bila isteri terjaga cintanya oleh suami...apa sahaja kehendak suami dipenuhinya.
jadi, sama-samalah kita berusaha menjaga apa yang masing-masing perlukan untuk keharmonian bersama :)

...terbitan bhg. dakwah, JAKIM

2 comments:

  1. ehem ehem. kak sue pun buat entri macam ni juga ye. kikiki...

    alamak, jgnlah smpai suami cakap pakai baju sama je kan. malu la. hahaha

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)