snek yang sihat lagi berkhasiat

dailyfresh

rupanya bertih jagung atau lebih glamour dengan nama "popcorn" ini satu snek yang sihat
memberi berbagai khasiat kepada penggemarnya terutama sekali anak-anak 
entry kali ini kS mahu berkongsi info mengenai snek ringkas kesukaan kami ini.

*bertih jagung rupanya ada pelbagai warna dan saiz seperti merah, hitam, emas dan putih,
memang tak pernah tengok lagi yang warna sebegitu...biasa jumpa warna kuning dan berbentuk bulat dan cendawan sahaja.

*rasanya juga adalah berbeza mengikut warna dan jenisnya.

*bertih jagung ini adalah sejenis makanan ringan yang sesuai dijadikan snek untuk anak-anak kerana terdapat pelbagai variasi zat makanan  yang lengkap, apatah lagi jika dicampurkan dengan bahan-bahan lain yang tentu sahaja menjadikan popcorn antara snek sihat yang menyelerakan.

*satu snek yang ringkas tapi sumber seratnya mampu mengenyangkan selain dapat membantu menetapkan paras kandungan gula dalam darah anak...terutamanya kepada anak yang berlebihan berat badan, kandungan serat bertih jagung ini berupaya membantu merendahkan tahap lemak dan kolesterol juga.

* memang hebatlah popcorn ni, selain serat, terkandung juga karbohidat, protein dan vitamin B.
kandungan zat besi pada popcorn lebih banyak berbanding telur, kacang tanah, bayam juga daging panggang...sah-sah anak lebih menggemari popcorn dan mampu makan dalam kuantiti yang tak dijangka :)

tapi, harus diingat, popcorn tidak sesuai untuk anak-anak yang masih kecil kerana mungkin boleh menyebabkan mereka tercekik.



You Might Also Like

2 comments

  1. sedap sue buat kudapan kan tambah2 lagi setelah ketahui yang ia berkhasiat :)

    ReplyDelete
  2. tengok drama sambil makan popcorn.. btw, camna ye nak buat popcorn jadi bulat macam tu.. yoorin buat jadi macam popcorn pasar malam tu je

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook