August 29, 2015

sarapan pagi di gerai pilihan jjcm tv3


satu lagi port untuk makan sedap yang dekat-dekat dengan rumah
terletak di Jalan Paip, jalan belakang, jalan pintas untuk ke Klang kalau dari Jalan Puncak Alam yang sangat kontroversi ini...heeeeeee

gerai bersebelahan masjid ni di kenali sebagai JJ Manis,..pernah masuk jjcm tv3 
actually banyak lagi gerai-gerai yang nampak menarik nampak sentiasa ramai pengunjungnya untuk disinggah di sepanjang jalan paip, tapi sebab JJ Manis ni terpampang banner gerai pilihan jjcm tv3 kat tiang lampu depan masjid tu...lepas tu boleh juga kalau terus masuk park di laman masjid, lebih selamatlah untuk yang bawak ramai kanak-kanak :)

dulu gerai ni cuma sebuah gerai kecil beratap zink di tepi jalan, tapak asalnya di lokasi terpacak khemah biru dalam gambar atas tu, tapi sudah berpindah ke dalam kawasan bersebelahan masjid berikutan pembesaran jalan pada tahun lepas...kini gerai JJ Manis bukan sahaja port terbaik untuk sarapan pagi dan makan tengahari tetapi juga dibuka pada sebelah petang sehingga ke malam.

marilah kita singgah tengok apa yang menarik yang meletops di gerai JJ Manis itu.
pelbagai pilihan kuih muih, nasi lemak dan lontong antara pilihan sarapan pagi yang mesti cuba
selain roti canai dan roti telur yang sangat lembut dengan kuah istimewanya lain dari yang lain.
JJ Manis rupanya sangat popular dengan hidangan "mee jawa JJ manis meletops" dan juga sup tulang terbaiknya, mee atau bihun sup tulang mana satu menjadi pilihan sarapan pagi ini?
tengok pon dah tahu terbaeeek..;D




gambar-gambar makanan kredit ke "Foursquare"

lagi-lagi terbaik...harga makanannya adalah harga kampung, langsung tiada tempias GST di sini :)
nak pindah dok Meru lah camni ;D ;D ;D

1 comment:

  1. jalan berhantu ekk ? ha ha ha...
    dulu 3-4 thn mak mertua dok puncak alam.
    selalu gi meru :)
    elok la tu kalau xde tempias gst.
    kebanyakan tempat naik harga melampau, sedih nak makan :( hu hu hu...

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)