meletupnya seterika di pagi harijadi

seterika
cari beza antara dua seterika di dalam gambar ini
 20hb. pon hari ni,
check kat archive entry untuk ogos baru 19, celah mana ilang lagi satu niiii???
gigih menaip entry ketiga untuk hari ni....fuhhh, lagi 11 entry menjelang 31 ogos, mana nak cekau weyhhh???

entry ketiga untuk hari ni..
jom kita cari perbezaan antara dua biji seterika dalam gambar di atas :D
seterika oren vs seterika hijau
kesan jangka pendek selepas meletup berasap hangit si seterika oren;
...tak berseterika bajulah semua orang kat rumah tu di hari kejadian.
kesan jangka panjangnya pula...mendapatlah hadiah seterika baru di petang hari kejadian.
Jangan kata seterika tu hadiah harijadi pulak...walau dibeli pada hari harijadi

hadiah harijadi pon tak dibeli pada harijadi selalunya, mesti dah siap dibeli berhari-hari sebelum untuk elakkan terlupa dan berbagai jenis ter' lagi.

panjang lebar pembuka kata untuk gambar seterika di atas nampaknya.
seterika oren yang dibeli 7tahun lepas di klcc, menggunakan voucher hadiah kahwin meletup akhirnya...tamatlah riwayat seterika berharga 3angka.
Seterika hijau yang dibeli pada petang hari kejadian seterika oren meletup pula berharga 2angka,...walaupun hampir sama rupa juga brand.

1st time mencuba seterika hijau dah boleh tahu kenapa harganya 2angka, 
bukan, bukan sebab 7tahun dulu harganya 3angka, selepas 7tahun sustnilai ke 2angka...
bukan sebab beli kat klcc harganya 3angka, beli kat giant harganya 2angka
sebaliknya...
seterika hijau memang direkacipta untuk dijual pada harga 2angka...faham-faham sajalah, 
adalah itu ini yang kurangnya.. yang tak puashatinya

pengajarannya?

jom pasang hashtag #syukurselalu
at least bersyukurlah ada juga seterika hijau membantu..kan, kan,..kan :)

err..err...kepada yang klik sebab nak tahu kenapa seterika oren meletup....anggap sahaja sudah sampai masanya, sudah 7tahun lebih pon memberi khidmat cemerlang, sayang sangat dah tu..ke mana pergi si oren tetap di bawa bersama :D

*notaharianmama belum nak ber'niche blog berinformasi nampaknya,..tak sampai seru nak copy/translate spec. seterika oren vs seterika hijau di sini lagi...heee

You Might Also Like

4 comments

  1. Alamak kesiannya ..Tapi takpe la Sue dah dapat seterika baru yehaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. sekali meletu da...takutnya..by the way..tiada apa yg kekal kt dunia ni..satu hari akn tamat juga riwayatnya

    ReplyDelete
  3. alahai..sib baik xde apa2 berlaku

    ReplyDelete
  4. adeh pening dah jap ijau jap oren. hehehe. ada juga la seterika nya kan at least

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook