August 19, 2015

lagi lagi kisah durian bersama tips hebatnya!

 bahaya, durian
 
entry santai-santai jer kita...lagi lagi cerita durian, 
selagi dok ada musimnya, 
selagi dok ada yang menjualnya
selagi tu lah dok ulang pi membelinya.

Kalau sebelum ni gigih mencari yang dah siap dikopek kulitnya,
yang dah siap di pek sebungkus-sebungkus tu, boleh tengok dan pilih...sebab nak makan berdua dengan anak je pon pastu takut ooi takde keyakinan nak mengoyak kulit berduri tu...
sekarang ada pandai sket la...beli yang masih berupa buah, pandai-pandai adjust dengan si penjual lah,..tolong koyakkan siap-siap ke kan..lagi banyak dapatnya compare beli yang sudah di pek.
balik rumah, yang tak termakan tupperware kan kemudian simpan kat freeze,...pastu, hari-hari durian lah kita...tak pernah jemu, hantu durian mananya kenal erti jemu, ye dak.
 
tu pon antara tips makan durian secara sihat jugak tu, makan secara istiqomah,...gittewww
bukannya makan sekali hadap 4-5 biji sorang lepas tu kalut minum air dari kulit buah durian...juga antara petua orang lama bagi meredakan, menyamankan kembali tubuh badan yang terkejut selepas bepuluh-puluh ulas durian dimakan.
yang sihat alhamdulillah dibolehkan lagilah buat macam tu tapi kepada yang dah dihinggapi penyakit 3 serangkai ke asma semua tu...memang kena beringatlah
tak boleh main-main dengan si raja buah ni.
 
pernah dengar cerita ada yang meninggal selepas makan durian kerana sambil makan durian sambil minum minuman berkarbonat macam coke dan yang seangkatannya tu.
lepas tu ada juga terdengar khabar angin dari thailand juga meninggal kerana mengambil durian bersama minuman keras.
tapi, keduanya pun tak dapat dipastikan kebenarannya, tak ada bukti yang mengsahihkannya. 
 
ks sendiri pun ada larangan ketika sebelum dan selepas memakan durian
sejak kecil dah diberi amaran JANGAN!
- elakkan mengambil gula-gula hacks yang colour hitam, berbalut plastik merah tu.
- elakkan sebarang pengambilan ubat-ubatan macam panadol, ubat batuk, ubat demam semua tu.
- lagi satu ni, elakkan minum susu, tapi santan ok jer..confuse sket..sebab muak jer kot?
 
dannn,  
lagi satu tips terhebat untuk semua penggemar durian,...secangkir kopi panas selepas makan durian  dapat melenyapkan bau nafas yang berbaur durian itu, minumlah kopi dan teruskan aktiviti harian, tak perlu sebok-sebok nak brush your teeth first la bagai, cubalah :)

1 comment:

  1. betul...memang orang tua2 selalu bg cam larangan sebelum makan durian utk mgelakkan pyakit atau panas badan.. tapi 1st time tau yg gula-gula hacks xleh makan kalu nk makan durian.. tq tau

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)