August 14, 2015

kisah ikan kehilangan lidah

ikan
kenapakah si ikan dihilangkan lidahnya?
sadface
hi..arowana, sedih jer nampaknya tuuu?
di hari jumaat yang berkat ini, 
mari kS berkongsi sebuah cerita tentang kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?

Rasullullah S.A.W bersabda;
"sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam."

sabda rasulullah S.A.W lagi, "Tidak masuk syurga orang yang membesar-besarkan cerita."
Apabila ditanya hikmahnya, baginda menjawab; "sesungguhnya Allah swt telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata"
lalu salah seorang sahabat bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda rasulullah S.A.W; "setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh kecuali iblis. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang dijumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan, katanya: "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan di daratan."

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. 
Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya."

*sama-samalah kita ingat mengingati...
kalau-kalau ada yang terlajak taip /copypaste tu, cepat-cepatlah delete sebelum publish ;)

3 comments:

sudi-sudikan... :)