August 4, 2015

ketupat pun ada jantan betinanya

4 ogos, 2015
mood ketupat lemang lagilah, bulan raya tak habis lagi...
sehari suntuklah dok mengulang-alik senduk rendang buat cicah dengan lemang nampaknya
gambar ketupat ke lemang semua tak masuk notaharianmama lagi,kan tahun ni?


inilah ketupat famous kat utara atau sesetengah tempat panggil ketupat palas...sebab guna daun palas untuk balut ketupat tu...cara nak balutnya?
seperti dalam gambar di atas...
tapi, kesudahannya..jadi ketupat betina lah kakak ;)
tapi sesetengah negeri memang begitu rupa cara balut ketupat palasnya
cuma kalau di kampung kS, tak lulus ni..heee


dah kenal bagaimanakah yang dikatakan ketupat tu jantan ke betina...???
yang jantan nampak lebih berseni, bukan :)
macamana...nak buat part yang seni tu, ada tricky sket kat gambar-gambar row paling bawah...
kalau refer gambar step by step kat atas tu.
cepat cari kawan-kawan utara suruh depa tolong tunjuk ajar :)


No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)