August 21, 2015

Barang tengah murah...beli laaaa!

tuuuu...pensel warna tu,
segera dapatkan harga promosi yang sangat berbaloi...hanya di giant,...haha
kalau bulan lepas...steadler LUNA 24 tu cuma rm6.50, bulan ni FABER CASTELL tricolor' rm8.50,
berbaloi sangat tu, dah lebih kurang sama harga biasa untuk yang 12batang, 
beli jer yang kotak besar ni bagi up sket dia punya semangat mewarna tu ;)

memang keperluan sangat-sangat ni
lagilah si abang long ni, seminggu dua abislah kontot di germit' nya 
*germit tu sharp guna sharpener ;D
tu belum campur dengan yang kawan-kawan pinjam pastu tak pulang balik
baik sangat abang masjid kitaorang ni, bagi kawan pinjam nanti boleh dapat pahala..huhu
panas si emaknya, asal check kotak pensel warna..ada la yang lesapnya...padahal setiap batang bersticker....sabar, sabar dulu, belum sampai masa nak bising kat group wassup cikgu&parents.

masuk bulan ke-lapan bersekolah, cerdik pun mula datang..belajar dari pengalaman
bila si abang long pula nak pinjam dari kawan, kawan cakap "tak boleh!"
macam tu laaa, dah berbulan si mama dok ajar abang long cakap..
"tak boleh pinjam, belilah sendiri":D

sebulan dua kebelakangan ni, terubat jugaklah hati si mama, bila ada parents yang baru terperasan itu ini yang bersticker nama abang long ada dalam beg sekolah anak memasing.
ada yang ambik inisiatif suruh anak pulang balik, ada yang ganti pensel tulis...suka lah si abang long bila tiba-tiba ada kawan bagi pensel baru ke dia.
abang long pon dah noticed, alert dengan yang terserlah kenakalan tu tak payah layan sangatlah.
apapon..terima kasih kepada yang prihatin, takde simpan apa-apa dalam hati pon :)

jom, jom beli lagi pensel warna tu sementara masih harga promosi, buat stok sampai hujung tahun :)

 


2 comments:

  1. nasib baik ada parents yang perasan kan. hehehe. alahai, memang kena ajar anak gitu. kalau x, memang susah la

    ReplyDelete
  2. Murah sangat la kaler tu. Luna, fabercastell ni walaupun mahal tapi berkualiti..lead tak mudah patah

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)