satu hari di GM Klang


si mama semestinya menggunakan peluang adanya si ayah di sisi...apalagi?
jalan-jalan cari t.shirt raya katanya,
anak-anak yang bertiga ditemani si ayah penuh sabar menunggu sementara si mama sila pergi shopping dari satu level ke satu level, pilih-pilih tengok mana yang berkenan, pilih size dan bayar.
puashati dapat yang dicari baru turun tengok anak-anak juga ayah si anak yang berjanggut berakar menunggu kat bawah..siap pakej makan minium di khalayak lagi.
pastu baru acu sorang-sorang apa yang di beli, sempat lagi nak naik tukar mana yang tersalah size tu.
yup! itu satu contoh kS membeli-belah di musim dekat-dekat nak raya hari tu...
nak mengangkut anak yang bertiga dari satu level ke satu level memang taklah...
sesak melampau GM Klang tu,
tapi ok jugaklah sebab pergi sebelah pagi...ok lagi berbanding bila dah tengahari membawa ke petang.
cemana pulak cara korang pergi shopping keperluan raya..especially yang terpaksa bawa anak-anak kecil sekali tu?
kongsi jom!

You Might Also Like

3 comments

  1. SA suka pi shopping last2 minit walau tau org sesak kan...sbb tu la persiapan utk diri sendiri xde

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook