July 25, 2015

Raya 2015 | pagi raya di rumah mertua


Tahun ni beraya...ada new baby, hai adik Aqil (8mths)
Abang long cakap adik Aqil muka tak happy sebab tak ada baju melayu raya.
eh, abanglong dengan kakngah dulu pun sama,..selagi belum setahun umurnya si mama memang tak pakaikan baju melayu lagi-lagi jenis kain licin tu.
Mama?..si mama happy jer walau tak ada baju raya sedondon, tak sampai hati nak beli baju raya Jovian yang cun tuu,..yang kaler sedondon baju melayu anak&suami tu la, apa nama ntah :)

tahun ni gilir beraya kampung en.suami, kat shah alam jer pun
atok tak balik Perak tahun ni.
Seperti biasa semua anak menantu dan cucu yang bertebaran serata ceruk balik berkumpul di rumah atok di pagi raya..cuma keluarga maklang kat johor dan acik sekeluarga kat Taiping yang tak kena gilir tahun ni.

Juadah santapan pagi raya tak muat meja atok, menantu perempuan pakat masak nasi special tahun ni
walau saban tahun atok dah ingatkan dia lagi suka kalau masak nasi putih...atok pasrah
nasi special menantu sulung saban tahun jadi pilihan, air tangan si sulung memang tiada tandingan.
menantu alamImpian masak rendang sedappp sangat...rugi makan sket jer paginya..
membawa ke petang sket tiba-tiba rendang tu dah ada bau tak enak, sayangnya terpaksa buang.
menantu Padang Jawa dengan hidangan jawanya, sayur goreng ada suun tu kini jadi kesukaanku.
Menantu Kedah sorang ni?....tukang clear hidangan penuh semeja tu lahhh,
makan makan makan..huhu

menu wajib ketupat lemang rendang semua-semua tu berjenis variasi pon ada.
tahun ni juadah istimewa atas meja atok is "rendang rusa" youuu.
bihun singapore ateh untuk anak-anak buah yang takut cili..hee, aisyah lah tu.
Ateh bawa durian dari Perak..Luqman masuk je rumah atok terus bersila makan durian,
tak sempat salam dahhh.
Acu dengan sekotak besar pelbagai koleksi Beryl's..alang-alang biskut raya mahai bebenor..baik hidang aneka Beryl's yang confirm sedappp..nyum nyum nyum.

2 comments:

  1. mcm mcm juadah dok ada.
    mana pergi ttap ada si raja buah.hahaaha.
    hri tu kn puasa, hari raya pakat mnjadi hidangan

    selamat hari raya
    maaf zahir batin

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)