July 27, 2015

lebaran & E1




Syawal 5....pagi yang sejuk seawal 7pagi dalam kelebatan hujan yang mencurah-curah
kami bertolak balik ke Shah Alam,
2hari ja kat kampung? ...si abang long lah ni nak jugak-jugak ke sekolah rabu esoknya tu.

Hujan hampir separuh perjalanan rasanya
syahdu syahdan..diulit perasaan dialun lagu raya di corong radio kereta
kenderaan semua pun bergerak perlahan...masing-masing menghayati perjalanan di dalam hujan yang sekejap-sekejap lebat...meredah gunung-ganang yang diselimuti kabus...perghhh ayat ;D
lapar?...sebakul mak bekalkan kuih ke kerepek kek raya semua ada, mengunyahlah kerjanya
en.driver pon sempat lagi memandu sambil krup krap krup krap sebalang maruku di kepit celah peha.

anak-anak ketiduran lah hujan-hujan sejuk begitu, dok dalam aircond lagi.
si mama?...sebok snap gambar pokok-pokok kebasahan selepas hujan berbalam kabus...hehe

pastu nampak sebuah toyota tersangkut kat bukit sebelah highway,..uishh..macamana boleh melompat ke situ, nauzubillah
lega nampak 3-4 orang lelaki muda mudi lagi nampaknya mencakung sambil berpayung merenung ke kereta mereka yang tersangkut tu, harap cepatlah datang bantuannya sebelum kereta tu terjun ke lurah bukit kat bawah sana.
perjalanan kira ok lah selasa tu, tersangkut sekali dua dek kerana lori-lori sarat muatan yang bergerak sangat perlahan, tu jer...
singgah makan tengahari di rnr uluBernam...sampai rumah kul 3petang.

1 comment:

  1. Biarpun sekejap di kampung ..yang penting kepulangan kita kan..

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)