Kehilangan MH370 bukan lagi misteri?

Pic credit mforum.cari.com.my

Misteri kehilangan MH370 mula dibualkan semula
berikutan penemuan satu serpihan bangkai sayap pesawat  sepanjang 2 meter di perairan kepulauan
La Reunion di Lautan Hindi semalam.
Lokasi berada di bawah pentadbiran Perancis terletak di timur Madagascar.

Serpihan itu dikatakan sudah agak lama berada di dalam air berdasarkan permukaannya yang diliputi cengkerang...lebih menguatkan lagi untuk dikaitkan dengan komponen Boeing 777 yang hilang pada tahun lalu.
namun ada laporan yang menyebut terdapat juga beberapa kemalangan udara membabitkan pesawat Boeing dan Airbus di kawasan berkenaan termasuk Yemenia Airlines pada tahun 2009.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Pesawat B777-200 itu membawa 239 penumpang yang terdiri daripada 227 orang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.
Operasi pencarian pesawat berkenaan masih berjalan di selatan Lautan Hindi selepas diisytiharkan berakhir di kawasan berkenaan.


Jika benar itu adalah serpihan sayap pesawat MH370 yang di cari-cari selama ini, terbukti betul lah kawasan liputan carian di lautan Hindi setakat ini yang dikritik tidak masuk akal itu.

Kuala Lumpur telah menghantar pihaknya ke lokasi penemuan untuk siasatan lanjut dan sama-samalah kita tunggu keputusannya yang bakal diketahui beberapa hari lagi.

sebelum ini memang tidak pernah terpanggil untuk berkongsi tapi penemuan kali ini terasa nak sangat tercatat dalam notaharianmama ini, siap berdebar-debar tunggu keputusan lagi :)




You Might Also Like

4 comments

  1. semoga kita semua diberi jawapan yg pasti, kan

    ReplyDelete
  2. semoga misteri ini terungkai cepat...

    ReplyDelete
  3. mcam cter kartun madagascar 2... ad scene kpal terhempas huhu

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook