Durian kenangan menyambut kepulangan




Tahun ni, raya dan durian berpisah tiada...di mana-mana pasti durian antara yang terhidang
masing-masing melepaskan geram pada durian yang kena musim di bulan puasa lah agaknya ni.

seminggu dua sebelum raya bertelefon dengan mak, katanya durian pokok-pokok peninggalan tokwan dah mula luruh...sibuklah mak telefon anak-anak cucu cicit arwah tokwan suruh balik ambik buah, mak sendiri dah lama say NO! kat durian.."cukup-cukup sudah"...kata mak :)

pagi raya ketiga tu adalah sebijik rezeki baru luruh, alhamdulillah merasa jugak
pulun makan lupa nak snap keindahan durian kenangan, melingkar kekuningan si isi bak kucing tido,..dalam gambar tu antara yang adik-adik beli buat tambah.

You Might Also Like

4 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook