July 25, 2015

Dari Parit Tok Kib ke Parit Tok Ngah, makan tengahari istimewa di Taman Berlian


Singgah 3 tempat tu semasa dalam perjalanan balik ke Kedah di hari raya kedua...
satu perjalanan balik ke kampung yang sangat jauh luah si en.driver,..double triple letih katanya.
memandu seharian seusai subuh...hingga ke sore....#inikanraya
Tak raya lah kalau tak singgah menyinggah.
Mulanya menjengok tokPah, pastu diajak ke Parit tokNgah menziarah makNgah yang kehilangan pakNgah seminggu sebelum raya...al-Fatihah untuk arwah.
tenang jer makNgah, pelbagai juadah raya terhidang semeja..
maruku bercheese dan kek coklat kukus lapis cheese sungguh menyelerakan...
dan dan rasa nak buat juga bila balik rumah nanti :)
Pastu beramai-ramai join family pakLang Cheras pi makan  kat Taman Berlian..
rumah pakTeh insurans yang kayaraya, majlis tertutup untuk sedara mara, konsep layan diri makan di ceruk dapur jer haritu..
en.suami kena bebel seround dengan pakTeh sebab tak bawa atok balik kampung..mau ka takmau ka kena heret jugak bawa balik kampung la nampaknya lepas ni..hihi
tapi, tu lah;
kesianlah kat atok bila nak tinggalkan atok kat Perak berhari-hari sementara kami teruskan perjalanan balik beraya di Kedah pulak. 
sesekali balik Kedah..si menantu ni naklah stay kampung barang 4-5hari la kalau boleh
kasihanlah atok melangok menunggu kat Perak tu, kan...
alahhh...atok tu,..anak kereta best-best..estima sedondon baju raya Luqman tu..ajak balik kampung sedappp tu tok :D

No comments:

Post a Comment

sudi-sudikan... :)