July 6, 2015

#cabaran 20Hari | tetamu raya paling ditunggu-tunggu

#cabaran 20Hari untuk tajuk ke-10...tetamu raya paling ditunggu-tunggu?


Asiklah menjawab cabaran dengan mengenang kenangan silam,..
jadi untuk tajuk hari ni jom try jawab secara pandang ke depan pulak...
In shaa Allah lagi 2minggu camtu dah nak raya..so, siapa tetamu raya yang ditunggu-tunggu tu? rasa-rasanya???
seakan menjadi trend sekarang ni kalau nak datang beraya mesti telefon dulu bagitau tuan rumah,
macam nak kena minta izin datang beraya pulak bunyinya...
satu sebabnya risau menyusahkan, jadi kita call dulu kalau suara tuan rumah macam mengundang tu sedap hati sket la nak datang,kan...hihi
siap bagitau tak payahlah susah-susah masak apa-apa la..
risau membebankan tuan rumah nak menyediakan hidangan, ke nak bagi masa kemas rumah ke sket al-maklumlah ada anak2 kecil tu kan, hihi
dan..itulah tetamu yang ditunggu-tunggu pada kS, tetamu yang tetiba teringat kat kita dan sudi datang menjengok sahabat ke teman ke kawan dia tanpa perlu dijemput..
walaupon ada yang berpendapat kalau nak kena call bagitau dulu sebelum datang tu rasa macam segan..macam akan lebih menyusahkan tuan rumah nak kena sediakan juadah itu ini..
eh,itu tuan rumah punya pasallah...ada rezeki kita, adalah juadah terhidang..klau sebaliknya pon..
ingat niat asal kita nak menziarah,kan..
tapi bila bawa anak-anak macam kS ni..mulalah mulut sorang-sorang tu kan
nak air la,kuih raya takde ke?...hehehe,sabar jer la.

tapi tu lah,kalau kS sendiri lebih suka kalau di bagitahu..sempatlah nak sediakan apa-apa yg patut, nanti tetamu dah sampai bolehlah terus duduk berbual-bual tak perlu nak terkocoh kelibut buat itu ini lagi kat dapur.
kS juga akan rasa lebih selesa menerima tetamu bila rumah sempat dikemas lebih kurang...

macam lari tajuk sangat la pulak ni
...meh nak ulang lagi sekali...tetamu raya paling ditunggu-tunggu tu pada kS adalah
tetamu yang dah call bagitau nak datang tapi tak sampai-sampai pon lagi..
memang tertunggu-tunggu la tuan rumah :D

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup


3 comments:

  1. taknak la call... nak gi terjah jee

    ReplyDelete
  2. sama lah..lebih suka bagitau dulu.. tapi kalau kite nak dtg rumah org, segan pulak takut menyusahkan dia sibuk buat apa2...

    ReplyDelete
  3. Hihihi. Kalau Nani main terjah je :P

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)