#cabaran 20hari | senarai kuih raya pilihan hati

senaraikan kuih raya yang menjadi pilihan hati?
biskutraya

rasanya hari apa entah dah pernah bercerita pasal kuih raya kegemaran...
rempeyek jadi pilihan,
kuih ke?...kuih la tuuu..kan orang masuk balang hidang kat ruang tamu..hehe

pastu ada pulak dua tiga hari lepas ada pulak dok senarai kuih-kuih raya kesukaan yang arwah tok suka buat bila nak raya...macam coq peniram,bahulu, halwa maskat juga dodol..
set set payah nak buat tuu semua tuuu,kan.

Jadinya untuk tajuk #cabaran 20Hari hari ni,..tajuk second last dah ni tau ;)
rasanya nak bercerita kuih-kuih moden la pulak kot,yang orang kl panggil biskut raya tu :)

Selain jenis yang bersalut coklat, biskut raya yang digolek dalam susu tepung antara yang menjadi kesukaanlah macam makmur dan ulat bulu,...ulat bulu???
ulat bulu tu bentuk lonjong macam makmur juga tapi kaler dan berperisa coklat pastu bersalut susu tepung...like 10x :)
yang bersalut kacang macam batang buruk pon suka..
set set berserbuk serdak tu kegemaran kS la tuu, tapi bukan serdak kuih raya hancoq naaa :D
Biskut yang berinti jem..of course lah suka..tart nenas ke blueberry ke strawberi ka semua suka jer.
Kalau dulu kek je buh cheese, la ni biskut pon dah ada yang bercheese, tahun lepas buat samprit bercheese, sedapppp sangat walau tang rupa tu tak seberapa :)
Cukuplah kot senarai takat tu..kata nak serba sederhana ja tahun ni, kan.




You Might Also Like

1 comments

  1. batang buruk pon peberet saya.tp this year x cri pon
    rempeyek pon suka..

    selamat hari raya
    maaf zahir batin ?

    dh blk kg ke.. hihi

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook