#cabaran 20Hari | Pengalaman pahit di bulan puasa

Tajuk ke 5 #cabaran 20Hari...."pengalaman pahit di bulan puasa"
macam nak kena cerita kenangan sedih-sedih la nampaknya ni...macamana ni?
hati kata jangan, jangan diungkit kenangan silam........

hentianpuduraya,kl
#puduraya suatu masa dulu
ketinggg!
pikiran bagi kerjasama hari ni...tiba-tiba terlintas di ingatan satu kenangan pahit tapi ada manis dihujungnya yang telah pernah kulalui sepanjang meniti zaman-zaman kedewasaan ini.
ecececehhh...ayat!
kenangan zaman muda, tinggal di kota metropolitan..tak kawen lagi, tak ada teman lelaki..
tinggal menyewa..pergi/balik kerja naik lrt/putra/monorail* read:tak ada kenderaan sendiri

cerita di penghujung ramadhan.....
biasalah di bulan-bulan puasa housemates masing-masing nak ke mana-mana boyfriend temankan.
tu lah, siapa suruh tak ada boyfriend, kan dah nak ke mana-mana kena pergi sendiri-sendiri?

sampailah ke satu hujung ramadhan, esok ke lusa dah nak raya...masa untuk balik kampung!
tiket bas dah sebulan belinya, malam tu naik lrt ke Puduraya, terus ke kaunter tiket untuk dapatkan maklumat akhir macam nak naik bas kat mana semua tu sebab ambik tiket bas double decker, jadi bas tak masuk platform...lepas tu terus ke tempat yang diberitahu.
tunggu punya tunggu punya tunggu lepas satu bas ke satu bas berlepas...bas double decker ku tak nampak lagi rupa bentuknya...padahal situ memang jalan utama semua bas-bas ekspress lalu selepas keluar dari puduraya, suasana semakin lengang,
laju-laju panjat balik puduraya terus ke kaunter tiket, berdebar jer sebab kebanyakkan kaunter dah tutup..sebbaik kaunter tiketku buka lagi, bila tunjuk tiket..."laaaa, bas dah lama jalannn dahhhh!" terlepas beg sarat yang gigih diheret ke sana ke mari tu.
ngko rasa?....macamana nak gambarkan perasaan masa tu??????

sedih tak sedih tak?...kena tinggal bas, tak dapat balik berhari raya ke kampung
dah lah sebatang kara di perantauan....ayahhhhh, makkkkkkkkkkkkk!nak balikkk!!!!!

haippp! anak rantau mana boleh menangis, cepat kumpul kekuatan nak balik semula ke rumah sewa,
lrt pun dah abih perkhidmatan dah tu...hampir pukul 12tengahmalam pun masa tu kalau tak salah,
takut oittt..mana pernah jalan sorang tetengah malam camtu.

tiba-tiba, ada sorang pakcik yang tadinya sibuk kira duit kat dalam kaunter tiket tu...panggil ikut dia,
laju jer ngekor tak pikir panjang...dia bawa turun kat satu platform, ada sebuah dua bas bersedia untuk bertolak...pakcik tu naik satu bas tu cakap lebih kurang dengan pakcik driver bas tu...pastu nampak dia bagi duit kat pakcik driver bas tu,...pastu aku di suruh naik duduk kat seat paling depan tempat driver bas biasa tidur tu, siap ada selimut masam bantal busuk semua kat situ..kemas lebih kurang simpan batalselimut pakcik driver kat tempat simpan barang kat bahagian atas kepala tu,
duduk situ dengan gembiranya...alhamdulillah, terima kasih pakcik bas ekspress Jelita yang telah bersedekah sedikit keuntungannya pada malam tu untuk seorang anak rantau ni...maaflah bas ekspress yang telah menjadi penyelamat kerana dah tak ingat nama bas tu.
Selamat sampai ke Shahab Perdana, Alor Setar paginya, gembira tak terkata bila nampak ayah dah ada tunggu di sana.

satu kenangan pahit yang ada manis diakhirnya ini sentiasa bermain diingatan setiap kali nampak bas ekspress di musim orang sebok nak balik kampung untuk berhari raya.
tapi dah lama sangat tak nampak Bas Ekspress Jelita, lagi-lagi bas double decker nya,
ntah ada lagi ke tak sekarang?
banyak juga kenangan berulang-alik KL-AlorSetar-KL dengan bas Jelita tu masa muda remaja dulu.

#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

You Might Also Like

3 comments

  1. sedih nya kalau betul2 tak dapat balik beraya.. nangis meroyan kot! yoorin pernah kena tinggal bas,tp time raya cina..xde lah ralat sangat.. raya puasa ni banyak kot bas dah abes tiket..sedihh

    ReplyDelete
  2. sgt pahit tu!
    and menakutkan...
    tak balik raya???? nangis la aida sensorang kat puduraya :(

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook