July 2, 2015

#cabaran 20Hari | Pengalaman manis di bulan puasa

#cabaran 20Hari gigih ku teruskan...masuk tajuk ke 6 untuk hari ke 6.
 
bulanpuasa

Tiba hari untuk berkongsi yang manis-manis pula, part paling suka lah ni..
sememangnya notaharianmama dicipta pon dengan tujuan asalnya nak berkongsi yang manis-manis yang elok-elok :)
Seingat di ingatan, kenangan atau pengalaman paling manis di bulan puasa adalah di mana tahun tu merupakan tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri dan seorang bakal ibu...
sedang menanti hari untuk melahirkan sebenarnya,
selepas berhenti kerja dgn sukahatinya balik duduk dengan mak ayahlah setiap kali suami ke laut.
Mmg syorgalah sangat ramadhan tahun tu, mana taknya..sejak tingkatan 1 lagi dah merantau kS ni, ...dah kawin baru dapat merasa berpeluang nak berlama-lama berpuasa bersama mak ayah.
Setelah berpuasa hampir 3mggu bersama keluarga..pastu suami buat surprise bila tba-tiba dia dapat balik untuk berhari raya buat pertama kalinya lah bersama isteri.. pastu 
 pastu lagi kenangan terindah tercipta..lagi sminggu camtu nak raya kS selamat melahirkan anak sulung kami..emirLuqman, di sebuah hospital swasta kat Kedah pastu hospital tu nak  bayi kami dihantar utk pemeriksaan lanjut ke HSB..&ditahan kat NICU..
si ibu sila balik berehat betul-betul kat rumah. Hari-hari berulang pi HSB pastu belajar susukan anak buat pertama kali..heee,klakar ingat balik...
alhamdulillah malam raya baby boleh discharge.
Pertama kali beraya sebagai isteri...lengkap ada suami ada anak..di samping makayah..adik-beradik adalah satu kenangan terindah tahun tu.
walaupon beraya dalam pantang tak boleh makan apa-apa..
ramaiiii yang datang tengok baby sambil beraya,tak cukup kakitangan ligatnya emak kS nak mlayan&buat semua benda...ingat lagi semua tu, terima kasih mak.


#Cabaran20Hari
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

1 comment:

  1. sgt indah...
    alhamdulillah.
    kenangan manis aida lebih kurang ~ melahirkan izzat di 8 ramadhan 3 thn lepas :)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)