#cabaran 20Hari | nostalgia kad raya

hari untuk #cabaran 20Hari dengan tajuk no. 3 terakhir, means;

  • cuma tinggal 2 tajuk lagi untuk mneghabiskan cabaran 20hari ini :D
  • cuma tinggal 2 hari lagi ramadhan untuk kita :(
  • cuma tinggal 2 hari lagi sebelum kita melangkah ke hari raya, Selamat Hari Raya :)
kadraya, nostalgia

kalau dulu zaman 80an ke 90an...bila hampir menjelangnya hari raya macam ni
memang sibuklah masing-masing mengeluarkan koleksi kad raya yang hampir sebulan di kumpul
hasil bertukar-tukar kad raya dengan kawan-kawan kat sekolah
'by hand' je takde nak pos-pos bagai.
adalah juga yang posmen bagi...suka kemain bila posmen datang rumah bulan-bulan puasa ni.
esok lusa nak raya keluarkan semua untuk di gantung kat ruang tamu,
ada yang lagi kreatif  gantung kad raya pada ranting kering, berkenan sangat nak buat
ala-ala mat saleh buat pokok krismas tu???
tapi entahlah mak kS dulu...anti sket dia pada semak samun lagi-lagi nak bawa ranting kering masuk ke dalam rumah?...memang tak boleh la jawabnya.
sekadar gantung senget-senget kat dinding.pastu kawan datang rumah ajak bergambar kat situ, sekarang orang kata photo booth kot :D

Bila hari raya, berjalan dari rumah ke rumah...boleh tengok macam-macam idea kreatif orang gantung kad raya...terasa lebih keseronokan raya bila ada kad raya bergantungan kat ruang tamu,
ada lampu lip lap sekali..perghhh, seronoknya hari raya masa tu.

sekarang dah ada anak-anak, rasa macam teringin nak buat pokok kad raya yang diidamkan tu
dengan anak-anak, takde dapat kad raya?
beli sendiri aci dak..:D :D :D




You Might Also Like

0 comments

sudi-sudikan... :)

Like us on Facebook