July 13, 2015

#cabaran 20Hari | menu wajib pagi Raya

Menu wajib pagi raya;
Tajuk #cabaran 20Hari no.4 terakhir...gittewww; count down pulak dia ye
excited wooo,nak habiskan..;)

menuraya


dari kecik dah di biasakan..sehari sebelum raya mesti buat ketupat palas...
selain dodol dan kuih bahulu. tp dodol dan bahulu lagi 2-3 hari nak raya dah buat siap-siap dah,..eh!satu lagi cucoq peniram..sedappp tuuu. satu lagi kesukaan kS sebab arwah tok suka buat bila nak raya.."halwa maskat"..
..cucu tok,makanan kesukaan pon haruslah makanan tok tok..hihi
la ni kot teringin nak makan kena la pi cari beli kat Pekan Rabu..err, pekan rabu dah berwajah baru ni entah ada jual halwa maskat lagi ke tak  agaknya?

Tapi bila dah nama orang Kedah ni...pi la mana-mana rumah pon, mesti ada kot menu wajib ni,
ketupat palas is a MUST' la di pagi hari raya..cicah dengan gulai ayam pekat mak kita..perghh..glupp!
OK!
Balik ke dunia realiti,.......ketinggg!
tak payah nak glupp glupp sangatlah,
tahun ni in shaa Allah beraya kat shah alam...mak mertua dah tak ada..kami makan ketupat segera je la..rebus beras dalam plastik tu.
Selain tu?
Apa ya menu nak masak untuk juadah pagi raya nanti???




2 comments:

  1. Ramai pulak yang suka ketupat daun palas ni.. kite baru sekarang pandai makan.. dulu tak gemar.. ;)

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)