July 11, 2015

#cabaran 20Hari | memori raya zaman kanak-kanak

assalamualaikum wbt.
#cabaran 20Hari kita dilupa jangan
sepatutnya hari ni dah tajuk no.15, tapi kS dahulukan dengan tajuk 14 ye *semalam punye ;)
bukan sesaja...tapi menunggukan adik wassap gambar raya beramai-ramai di zaman kanak-kanak dedulu nak buh sini, sayangnya tak jumpa pulak gambar yang dicari...
tak dapatlah nak tunjuk gambar zaman kank-kanak kS tu kat sini nampaknya.

kampung, balikkampung
gambar ni aci tak?
suasana kampung dalam shopping mall, bolehlah nak ambik feel berjalan celah-celah rumah kampung tu kan, antara cara anak-anak di perantauan melepaskan rindu kat kampung KAH

kalau zaman kanak-kanak dulu syorgaaa nya lahai beramai-ramai serbu rumah ke rumah pepagi raya tu, kan...kutip duit raya..zaman kS dulu ada la beberapa rumah yang bagi 'not singgit' tu
kebanyakan bagi syiling..dapat syiling paling besar '50sen' tu syok abis dahhhh.
lagi tak berat handbag tak balik aihhh
tapi kebiasaannya dalam kul 12tengahari tak balik lagi..dah agak dahh kejap pastu boleh nampaklah ayah kS naik motor meronda kampung cari anak dia, 
kalau terserempak abislah kena culik bawak balik rumah..hihi
mandi tukar baju nak pergi beraya kat rumah tok&tokwan sebelah mak kS pulak...camtu juga kalau sebaliknya. bila beraya rumah tok&tokwan sebelah mak dulu...petang hari raya pertama mesti balik rumah tok&tokwan sebelah ayah pulak. 
kira hari raya pertama tu dah dapat jumpa makbapa sedara sepupu sepapat kS untuk kedua belah mak dan ayah...semua sekali harung dahhh
hari raya kedua baru mula nak berjalan ke rumah sedara mara pupu-pupu pulak..hehe, sepupu sepapat mak ayah kS lah maksudnya tu lebihkurang :)
camtu lah lebih kurang seingat di ingatan...memori hari raya di zaman kanak-kanakku.

 


1 comment:

sudi-sudikan... :)