July 8, 2015

#cabaran 20Hari | Budget raya

#cabaran 20Hari untuk hari ke-12 


Budget raya?
nak cerita apa ni, serius tak ada idea...tak kan nak bentang budget ala belanjawan Perdana Menteri kot..hehe
Dalam kepala..dok nampak "shopping" ja la bila sebut budget raya ni, ya la..peruntukkan untuk persediaan nak raya,
nak beli itu nak beli ini katanya...tapi bercintaaanya lahai nak keluar pi mencari belinya pon di bulan puasa ni..tambah lagi bila nak membeli ditemani anak bertiga ni,
aci dak kita pakai apa yang ada aje laa???

jangan dilupa sedia juga sket peruntukan untuk duit raya nak masuk sampul,
pastu peruntukan nak book tiket balik ke kampung, tak dapat tiket baru pikir ke duit minyak duit tol...masalahnya, ada kekuatan ke nak drive sampai kampung???
ikutkan hati "jualikan" ku ini..dok diam-diam kat umah ni je la, jimat segala..masak makan tengok tv tido..kera sumbang sangat kot camtu....kesiannn uittt kat anak-anak.

Apa pon, ada masa lagi ni..chaiyok!!
semoga aidilfitri tahun ni dapat diraikan secara bersederhana tapi dipenuhi dengan kebahagiaan juga keceriaan untuk kita semua, in shaa Allah.






2 comments:

sudi-sudikan... :)