July 4, 2015

#cabaran 20Hari | amalan berbalas juadah di bulan puasa

tersedar, jam 2pagi, hujan lebat sangat..sejukkk,
nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan,
Salam Nuzul Quran
Salam 17 ramadhan 1436H

hari ni masih dengan #cabaran 20Hari, menyahut cabaran hari ke-8
tajuk "amalan berbalas juadah di bulan puasa"
berbalas,juadah,berbuka

satu amalan yang sangat ditunggu-tunggu bila tibanya bulan puasa suatu ketika dulu
ya, zaman kanak-kanak...zaman dok melompat meloncat ke seceruk kampung
dah petang sket pandai pulak pakat-pakat nak balik..mandi bersiap wangi-wangi.sebab dah tahu ada tugas yang nak dilaksanakan sekejap lagi...
apa tugasnya?
menjadi penghantar makanan dari rumah ke rumah :)
dah hantar pastu cepat-cepat balik... nak hantar rumah lain pulak
pinggan ke bekas tu biar jer situ...esok-esok ada makanan sedap nak isi dalam tu baru pulang balik pinggan tu...hahahaha
taklahhhh...nanti-nanti makcik tu suruhlah anak dia ke dia sendiri ke mai hantar balik pinggan tu
tengok hari siapa datang hantar makanan dulu lah kan,
baru betul kena konsep berbalas juadah di bulan puasa tu..heee
kalau kat kampung...normal jer..lagi-lagi bila yang berjiran keliling kelalak tu sedara mara adik beradik sepupu sepapat sendiri, alang-alang nak menghantar, wajib hantar setiap rumah
tak boleh skip mana-mana rumah sekali pon, INGAT!!!

yang jadi isu hari ni...sebab sekarang memasing ramai yang bekerja
memasing ramai yang membeli juadah nak berbuka tu
nak tunggu hujung minggu ke baru nak masak baru nak bagi jiran merasa...kang jiran pulak nak berbuka kat luar nak pergi buffet kat hotel-hotel, celah mana nak membalasnya
so,..kalau ada niat nak bagi tu..bagi seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan, ok :)
in shaa Allah, ada ganjaran dariNYA.


1 comment:

  1. haaaa..kan skrg dah lain la...semakin hilang budaya berbalas juadah tu

    ReplyDelete

sudi-sudikan... :)